Politik

Dosa Maszlee kepada kakitangan Utusan Melayu

RAMAI yang memuji sumbangan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang tinggal beberapa minit lagi tamat tempoh perkidmatannya.

Tiba-tiba sahaja Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, Maszlee banyak berdosa kepada orang Melayu, justeru amat elok menteri tersebut meletak jawatan hari ini.

“Maszlee banyak dosa kepada orang Melayu… Sekarang kita tunggu siapa penggantinya… Untung sabut timbul,” kata Hasan kepada Suara Merdeka malam ini mengulas peletakan jawatan Maszlee yang dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Spekulasi antara yang menimbulkan krisis termasuk isu melibatkan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Tapi saya teringat perkara pertama yang sangat besar beliau lakukan adalah apabila menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia di sekolah-sekolah.

Tindakan beliau telah menyebabkan Utusan dianggap sebagai akhbar yang tidak gemari oleh kerajaan dan menyebabkan pendapatan iklan serta langganan pejabat kerajaan lain telah dihentikan, walaupun hakikat Utusan Malaysia merupakan akhbar pilihan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir sentiasa membaca akhbar Utusan kerana mahu tahu apa yang dikatakan dan rungutan orang Melayu tentang polisi kerajaan kerana Utusan memang menjadi lidah kepada orang Melayu.

Dengan terkuburnya akhbar Utusan yang berusia 80 tahun itu maka Melayu yang menjadi majoriti penduduk negara ini telah dibisukan.

Maka bermulalah polisi kerajaan hari ini yang tidak selaras dengan aspirasi dan harapan rakyat majoriti, tetapi hanya suara minoriti yang dilaungkan.

Kini Maszlee merasakan kembali penganiayaan yang telah dilakukan kepada kakitangan Utusan berjumlah ribuan orang kehilangan pekerjaan dan terpaksa hidup susah tanpa pendapatan yang tetap.

Maszlee hanya kehilangan jawatan menteri, tetapi masih menjadi ahli parlimen, tetapi kakitangan Utusan kehilangan kehidupan.

 

 

(Visited 765 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button