Ekonomi

DN’S Beauty Solution peroleh keuntungan RM2.8 juta

Sasar lagi 10,000 individu sebagai tim usahawan jutawan

SAMPAI bilakah mahu bekerja dengan bapa atau sekadar menjadi dropship untuk beberapa produk dalam kuantiti yang kecil. Itulah persoalan yang sering bermain di minda dan perlu berani merealisasikannya.

Suara hati kuat mengatakan untuk menubuhkan dan mengasaskan produk kecantikan. Dengan bermodalkan RM10,000 hasil duit simpanan pasangan suami isteri, DN’S Beauty Solution atau DN’S Beauty memberi ‘salam’ kepada industri perniagaan.

Bermula kira-kira lima tahun lepas menurut Pengasas DN’S Beauty, Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari, tahun 2021 merupakan tahun kegemilangan kerana lebih 1 juta produk terjual dengan jumlah keuntungan RM2.8 juta.

Syukry Radzuan dan Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari menerima Asean Food & Travel Awards 2022 daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri,.

Kisah di sebalik sebelum beroleh keuntungan lumayan hasil daripada kerja keras dengan suami, Dinnie dan suami menjalankan perniagaan seperti ‘orang buta’.

Maksudnya, pasangan ini berniaga tanpa ilmu. Justeru kata Dinnie, mereka tidak arif membuat promosi, pemasaran dan penjenamaan.

“Jadi kami mengambil keputusan untuk mula menimba ilmu perniagaan dan bina kembali apa yang ada,” katanya sambil menarik nafas lega.

Beliau berkata, ketika negara dilanda pandemik Covid-19, pada awalnya mereka menyangka pandemik ini merupakan pengakhiran buat perniagaan DN’S Beauty.

Benarlah seperti yang dikata, kita manusia hanya merancang tetapi perancang yang sebaik-baiknya ialah Allah.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, kami diilhamkan dengan produk vitamin C. Tidak sangka ia mendapat permintaan yang luar biasa kerana wabak yang melanda.

“Hari ini, DN’S Beauty juga memberi tumpuan kepada dua produk yang mendapat permintaan ramai iaitu Superkids dan Glowskin.

“Produk ini terbahagi kepada dua iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak dan dibuat improvisasi yang mana sebelum ini, produk adalah dalam bentuk serbuk. Kini diformulasikan dalam bentuk tablet,” jelas beliau.

Kata Dinnie, Superkids dan Glowskin dengan adunan bahan sunnah seperti kurma, kismis dan susu kambing.

“Kanak-kanak sekarang kurang terdedah dengan makanan sunnah dan faktor itulah kami memudahkan ibu bapa dengan penyediaan tablet yang terkandung semua khasiat ini,” katanya.

Tiada salahnya jika sambil menyelam, sambil minum air. DN’S Beauty menyasarkan melahirkan usahawan jutawan dan membuka peluang termasuk suri rumah yang ingin menjana pendapatan

“Kami terus-terusan membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan dengan DNS Beauty.

“Tahun lepas ada dua ejen yang telah mencapai jualan lebih RM1 juta dan itu merupakan satu kebanggan kami kerana niat untuk melahirkan jutawan perniagaan dimakbulkan Tuhan dan kedua-dua ejen itu merupakan suri rumah,” katanya.

Tahun ini kata Dinnie dengan penuh semangat, mereka mahu melahirkan lebih ramai jutawan di DNS Beauty.

“Jika anda ingin mengubah kehidupan dan membaiki kedudukan kewangan, kami sangat mengalu-alukan dan membuka peluang kepada anda.

“Kami tahu ramai yang menghadapi kesukaran dalam hal kewangan dan inilah masanya untuk sertai DNS Beauty. Boleh terus hubungi kami di Facebook DNS Malaysia,” katanya yang menyasarkan 10,000 usahawan menyertai tim DN’S Beauty tahun ini. – SM

(Visited 608 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button