Ekonomi

Air mineral Spritzer bebas mikroplastik

Spritzer Malaysia (Spritzer), pengeluar air mineral semula jadi paling laris di Malaysia, telah berjaya membuktikan air mineral keluarannya bebas dari mikoroplastik.

Hasil analisis air mineral itu telah dilakukan oleh Sirim Bhd menunjukkan tidak wujud mikroplastik yang dikesan di dalam air mineral semula jadi yang kaya dengan silika itu.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, Sirim telah melakukan ujian daripada sampel yang diambil daripada botol air mineral 600ml yang dikeluarkan pada 21 Januari lalu.

“Hasil dari ujian itu didapati tiada kesan sebarang sintetik polimer atau mikroplastik, walaupun diuji di bawah 50 kali pembesaran,” kata Spritzer dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut US National Oceanic and Atmospheric Administration dan European Chemicals Agency, mikroplastik merupakan serpihan halus plastik berasal dari pelbagai pemprosesan industri dan pembuatan yang boleh mencemarkan ekosistem semula jadi.


Penemuan daripada Sirim itu membuktikan lagi bahawa setiap air mineral yang dikeluarkan melalui proses kualiti ketat yang diamalkan oleh Spritzer selain sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan untuk diminum.

Ketika ini air mineral Spritzer diambil dari sumber semula jadi di kawasan 330 ekar di Taiping, Perak terletak berhampiran dengan hutan hujan tropika.

Spritzer memberitahu, penemuan ini juga bertentangan
dengan kajian yang dilakukan oleh State University of New York – Fredonia (“SUNY-Fredonia”) bertajuk “Pencemaran Sintetik Polimer di Dalam Air Dibotolkan”, mendedahkan bahawa banyak air botol berjenama antarabangsa adalah tercemar dengan mikroplastik.

Paling ketara, ujian SUNY-Fredonia menunjukkan bahawa mikroplastik dikesan di dalam sampel jenama-jenama ini daripada saiz 6.5 uM (mikrometer) hingga to 100 uM.

Namun demikian, analisis terbaharu yang dilakukan oleh makmal bebas mendapati di dalam julat ini dan meskipun sehingga 1uM, tidak terdapat mikroplastik ditemukan di dalam air mineral Spritzer.

Mengulas lanjut, Spritzer amat komited untuk memelihara integriti, kualiti, keselamatan dan keaslian sumber air semula jadi dengan teknologi canggih dan pengautomasian pembotolan digunakan supaya ia bebas daripada pencemaran.

“Menerusi kajian Keele University di United Kingdom. Mereka yang meminum antara satu hingga 1.5 liter air mineral Spritzer boleh mengurangkan atau membasmi toksin aluminium di dalam badan mereka kerana asid silikat di dalam air mineral semula jadi akan beradun dengan toksin yang kemudiannya dibuang sebagai air kencing dari badan manusia,” kata Spritzer lagi.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button