Luar Negara

Diludah ketika berkahwin, tradisi unik suku Maasai di Kenya

TERDAPAT satu suku kaum yang mempunyai tradisi unik di Kenya iaitu bapa akan meludah ke dalam mulut anak perempuannya yang akan berkahwin.

Perkara itu dilakukan sebagai memberi keberkatan kepada anak perempuan yang akan keluar daripada rumah untuk berkahwin.

Menurut laporan News NCR, tradisi ini dijalankan oleh suku Kenya dan Tanzania yang dipanggil Maasai.

Orang Maasai terkenal dengan budaya dan tradisi mereka kerana mereka mempunyai banyak adat yang berbeza.

Apabila seorang wanita berkahwin, bapa pengantin perempuan meludahi kepala dan dada anaknya pada masa perpisahan. Dalam adat Maasai, ini adalah satu-satunya cara untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang.

Matlamatnya juga adalah untuk menyatakan cinta dan orang yang diludah tidak berasa marah sebaliknya berasa gembira.

Dalam perkahwinan suku kaum ini, mas kahwin pengantin perempuan diberikan kepada keluarga pegantin lelaki.

Selepas itu, kepala pengantin perempuan dicukur dan orang-orang tua puak itu turut hadir ketika itu.

Seterusnya, pengantin perempuan berlutut di hadapan bapanya dan memohon restu semua orang tua. Dalam keadaan demikian, semasa memberikan upacara pemberkatan, orang tua rumah akan meludah ke kepala dan dada pengantin perempuan.

Adat ini bukan sahaja dilakukan dengan pengantin perempuan, tetapi turut dilakukan kepada bayi yang baru lahir.

Adat yang termasuk pengantin perempuan tidak dibenarkan menoleh ke belakang semasa perkahwinan kerana mereka dipercayai akan berubah menjadi batu. – SM

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button