AgamaLuar Negara

Indonesia melarang sekolah paksa pelajar pakai tudung

Indonesia telah mengharamkan sekolah awam untuk mewajibkan pemakaian pakaian sekolah yang melambangkan apa-apa agama.

Keputusan itu dibuat susulan kejadian seorang pelajar beragama Kristian di sebuah sekolah vokasional di Padang dipaksa memakai tudung di dalam kelas tular di media sosial.

Isu berkenaan mendapat perhatian warga tempatan setelah ibu bapa berkenaan merakam video pertemuan mereka dengan pihak sekolah secara senyap-senyap dan memuatnaik ke media sosial.

Dalam video berkenaan, pihak pengurusan sekolah mengarahkan bahawa pelajar perempuan wajib memakai tudung mengikut undang-undang sekolah berkenaan.

Sementara itu, bapa pelajar berkenaan, Elianu Hia, meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak pengurusan sekolah yang bertindak tidak adil kepada anaknya.

“Hampir setiap hari, anak saya dipanggil kerana tidak memakai tudung walaupun anak saya telah memberitahu kepada mereka yang dia bukan seorang Muslim”, kataya sewaktu ditemubual oleh wartawan BBC News Indonesia.

“Sekiranya saya (memaksa) anak perempuan saya memakai tudung, saya akan berbohong mengenai identiti anak perempuan saya. Di mana hak agama saya? Ini adalah sekolah awam”, tambah Hia.

Mendapat reaksi negatif dari sosial media, pengetua sekolah itu meminta maaf pada sidang media dan mengatakan bahawa pelajar itu akan dibenarkan berpakaian mengikut kepercayaan agamanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Nadiem Makarim, turut kesal dengan tindakan pihak sekolah berkenaan yang telah melanggar hak individu pelajar.

“Ini adalah isu berkaitan hak individu. Bukan satu keputusan yang boleh dibuat oleh sekolah”, katanya.

Beliau mengeluarkan arahan bahawa pihak kerajaan telah memberikan tempoh selama 30 hari buat sekolah-sekolah awam untuk membatalkan apa-apa undang-undang dan sekiranya mereka ingkar, bantuan dana akan disekat.

Keputusan itu dibuat oleh beliau bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tito Karnavian dan Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas.

Indonesia adalah negara dengan majoriti penganut Muslim terbesar di dunia, tetapi secara rasmi mengakui enam agama dan telah menerapkan pluralisme dalam falsafah negara yang dikenali sebagai Pancasila.

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button