fbpx
Nasional

Demi tak lanjutkan 31 Mac, contohi lockdown draconion China?

KESEDARAN rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari keempat Sabtu 21 Mac ini cukup tinggi.

Biarpun ada satu dua kes yang tular di laman sosial antaranya berjamu hidangkan kepala kambing dan kenduri di sebuah negeri di utara tanah air, ia cuma kes terpencil.

Syabas rakyat Malaysia. Mari kita beri sokongan padu kepada penguatkuasaan perintah kawalan ini yang akan berakhir 31 Mac nanti.

Pastikan kes-kes baharu COVID-19 ini tidak naik mencanak, biarpun hari ini terus mencatat 153 kes baharu positif wabak ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes dengan kematian mangsa kelapan.


Dalam Suara Merdeka melaporkan isu-isu melibatkan COVID-19, sementelahan menanti esok pasukan tentera digerakkan membantu pihak polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, portal ini dilayangkan suatu anekdot daripada seseorang yang menamakan diri Helmi Effendy.

Ikuti catatan Helmi:

“Kematian di Itali dah mencecah 4,000 orang. Jumlah kes dah nak hampir cecah 50, 000 orang. Ada penambahan 5,986 kes hari ini di Itali. Aku tak dapat tidur memikirkan apa impaknya kalau kesannya yang sebegini tiba ke negara kita. Dan China hari ini menggesa kepada seluruh dunia untuk ikut cara mereka berjaya menewaskan Covid-19.

Ya, lockdown China ialah kuarantin paling ganas, paling draconian, paling diktator dan keras dalam sejarah mana-mana kuarantin dalam sejarah. China sendiri kritik gaya lockdown Itali yang kalau aku baca, yang aku dapati aku dapati tidak ada beza pun dengan Perintah Kawalan Pengerakan kita.

China bagi tahu kepada dunia, kalau perlu untuk kau heret rakyat kau balik ke rumah dia, buatlah! China bantai anak muda, wanita, hatta orang tua yang degil tak mau duduk rumah. Kalau perlu untuk kau hancurkan gerai-gerai tepi jalan yang berdegil untuk dengar kata-kata pihak berkuasa, maka lakukanlah ia. Kalau perlu untuk pasang banner yang menyindir paling dalam di serata tempat, maka buatlah!

China telah paksa setiap kapitalis-kapitalis yang degil tak mahu tutup syarikat dan kilang mereka supaya bungkam. Tak lama, sebulan saja duduk diam. Sebulan rugi tak ada masalah berbanding bertahun-tahun lebih kerugian.

Kenapa lockdown draconian ni perlu? Sebab nak pastikan bahawa graf jangkitan berjaya diturunkan. Graf yang menegak memuncak itu perlu diratakan. Dan betapa setiap manusia menjangkiti kepada 2.5 orang di sekitar mereka.

Kalau dah sampai ke-10 generasi jangkitan, makanya jumlah kiraan dijangka 3,000 orang akan berjangkit daripada seorang manusia sahaja! Bayangkan lebih daripada seorang lagi dengan ada rekod 10 generasi jangkitan yang lain? Nak lawan ni, kena pastikan semua orang duduk rumah, jangan keluar langsung! Sosial antara manusia perlu dihentikan!

Itali terlalu berlembut dalam lockdown mereka. Itali membenarkan pengangkutan awam berjalan seperti biasa. Itali membenarkan orang bersesak-sesak di supermarket, tiada social distancing dan rakyat Itali terlalu manja. Baru buat lockdown sikit, rakyat deme lari balik kampung macam orang Malaysia.

Kapitalism, Individualism, atau nak panggil apa sahaja berkaitan dengannya sedang membunuh Eropah dan US, dan juga negara kita dalam melawan Covid-19.

Kalau buat macam China, Eropah dan US akan menelan segala tohmahan mereka ke atas China yang dianggap melanggar hak asasi manusia, dan mencabul kehormatan masa awal lockdown. Tapi tak apa, kali ini, jilatlah ludah kamu balik wahai US dan Eropah. Apalah sangat jilat ludah-ludah kalian kalau dapat menyelamatkan nyawa manusia.

Di luar China, US dah cecah 18,121, dengan penambahan dalam 4,000 kes hari ini! Jerman dah hampir mencapai 20, 000 kes dengan penambahan hari ini dalam 5,986 orang! Sepanyol dah cecah lebih 20, 000 dah kes hari ini.

China yang selepas angka 80, 000 dah tak ada penambahan angka terlalu kritikal telah menggesa kepada dunia, inilah masanya untuk lupakan seketika segala ideologi woke, SJW dan liberal yang sedang dianut oleh negara-negara ini.

Sementara seluruh dunia sedang bergelut, di Wuhan, setiap bangunan mereka merayakan kejayaan mereka menentang Covid-19.

“Wuhan sudah menang!”.

China berjaya flattened the curve! Kalau Eropah dan US nak lawan malapetaka yang sedang berlaku di negara mereka, mereka kena jadi macam China!

Buat lockdown paling draconian dalam sejarah mereka! Abaikan sejenak ideologi hak asasi individu, kebebasan mereka. Kerana ada kalanya, kebebasan harus dikorbankan demi sesuatu yang lebih baik. Nasib tamadun manusia bergantung pada tangan-tangan pemimpin negara ini.

Dan negara kita, abaikan apa DAP dan Anwar Ibrahim cakap.

Baguas! kerah tentera untuk pastikan rakyat kita duduk dalam rumah. Kalau boleh, heret FRU sekali turun. Kalau boleh, pancut air, baling gas pemedih mata kepada mereka yang degil berkumpul.

Kita harus jadi draconian macam China kalau nak selamat! – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button