Nasionalpilihan

Darurat di Sarawak untuk tangguh PRU DUN – PMO

Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi mengelakkan penularan Covid-19 menjadi serius.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, jemaah menteri dalam mesyuarat pada 21 Julai telah bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan perkara tersebut.

“Sehubungan itu, YDPA setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri itu bermula 2 Ogos depan hingga 2 Februari tahun hadapan.

“Dengan proklamasi darurat ini, PRU DUN Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal,” katanya.

Untuk rekod, proklamasi darurat buat negeri Sarawak yang dilaksakan pada 11 Januari lalu masih berkuatkuasa pada masa ini dan akan berakhir pada esok. -SM

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button