Nasional

Dalam 2 minggu 41 premis ditutup langgar SOP di KL

DALAM tempoh dua minggu sebanyak 41 buah premis di ibu negara telah diarahkan tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tindakab itu diambil sepanjang tempoh 1 Oktober hingga 15 Oktober lalu melalui Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan parlimen di ibu negara.

“Sebanyak 419 buah premis, syarikat telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti pusat hiburan, perniagaan restoran, kedai pakaian dan jahitan baju, kedai runcit, gunting rambut, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang beroperasi semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tindakan adalah untuk memastikan pematuhan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL,” katanya.

Menurutnya, sebuah premis hiburan ditutup di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan (WPKL) 1992.


Manakala 40 buah premis lain ditutup di bawah Sesyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara asing tanpa kebenaran.

Turut dilaksanakan ialah menahan sementara 27 orang warga Bangladesh, 12 warga Pakistan, 6 warga India dan 14 warga Indonesia yang merupakan pengendali dan pekerja premis.

Mereka ditahan bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan yang akan diambil oleh agensi berkaitan.

Tiga notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 dengan pelbagai kesalahan terhadap individu, pemilik premis dan syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, sepanjang tempoh dua minggu operasi itu DBKL turut mengeluarkan 114 notis kompaun pelbagai kesalahan.

Ini termasuk 25 notis kompaun UUK 3(1) dan 54 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016.

Sebanyak 7 notis kompaun UUK 3(1) dan 17 notis kompaun UUK 22(1)(b), UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

Satu notis Pemberitahuan (IP),Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b), Akta Hiburan (WPKL) 1992; satu notis kompaun UUK 5 , UUK Iklan (WPKL) 1982.

Sebanyak 6 notis kompauan UUK 3, UUK Etablismen Kecantikan dan Kesihatan (WPKL) 2003 dan 3 notis kompaun Seksyen 29 Akta Hotel WPKL 2003.

“Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan.

*Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.-SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button