Nasional

Lelaki Myanmar maut ditikam

SEORANG lelaki Myanmar maut selepas ditikam beberapa kali di Jalan 43, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira pukul 10.15 malam.

“Siasatan mendapati mangsa adalah lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun dan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai mati akibat beberapa kesan tikaman di bahagian belakang badan, leher dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismadi, bedah siasat akan dijalankan untuk mencari punca sebenar kecederaan yang menyebabkan Kematian mangsa.

Tambahnya, suspek kejadian sudah ditahan dan suspek yang masih bebas sedang dikesan untuk ditahan. -SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button