Nasional

Daerah merah di Selangor meningkat dalam tempoh 14 hari

DALAM tempoh 14 hari sejak 11 Oktober lalu jumlah kawasan merah di Selangor meningkat dari dua daerah kepada 6 daerah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kenaikan paling ketara adalah di Daerah Hulu Langat (168 kes), Daerah Klang (115 kes) dan Daerah Gombak (93 kes).

Selain itu daerah Petaling, Kuala Langat dan Sepang turut berada di zon merah.

“Dengan pertambahan 76 kes positif hari ini jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Selangor adalah 3,880 kes.

“Jika dibandingkan dengan tempoh 14 hari yang lepas iaitu pada 11 Oktober, Negeri Selangor telah mencatatkan 26 kes dengan jumlah kumulatif kes adalah 2,601,” kata Dr. Noor Hisham.

Dr. Noor Hisham berkata, negeri itu juga menyaksikan pertambahan kluster di tempat kerja iaitu sebanyak 6 kluster.

“Oleh itu selain meneruskan saringan Covid-19 di semua pintu masuk antarabangsa dan domestik bagi pengunjung pulang dari negeri Sabah kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan Bersyarat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 Oktober.

“Selain itu kerajaan juga telah memutuskan pekerja peringkat pengurusan dan pengawatan sektor awam dan industri di kawasan PKPD dibenarkan untuk bekerja dari rumah berkuatkuasa 22 Oktober.

“Kerajaan memohon semua majikan dan pekerja untuk mematuhi ketetapan ini kerana ianya akan membantu mengurangkan pergerakan masyarakat di sekitar kawasan PKPB dan mengurangkan untuk risiko penularan di kawasan tempat kerja,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurut beliau, peningkatan kes penularan tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober lalu dan meningkat secara konsisten sehingga hari ini

Kluster Jalan Ampas adalah kluster pertama yang dilaporkan dalam gelombang ketiga iaitu pada 28 September 2020. Kluster tersebut melibatkan ahli keluarga yang pulang dari Sabah.

Susulan itu 9 kluster telah dikesan di negeri Selangor yang berkaitan dengan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah.

Kluster terbaharu adalah yang dikesan hari ini iaitu Kluster Bah Kayu.

“Pun begitu mula didapati mulai berlaku pula penularan tempatan yang di Selangor dan saban hari lebih banyak kes dan kluster tempatan yang dikesan. Iaitu setakat ini ada 35 kluster aktif,” jelas Dr. Noor Hisham.-SM

(Visited 626 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button