NasionalNegeri

Gangguan bekalan elektrik, memalukan-Menteri Besar Johor

MENTERI Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengkritik Tenaga Nasional Bhd (TNB) selepas berlaku gangguan bekalan elektrik di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Menerusi catatan di Facebook, Onn Hafiz berkongsi notis TNB mengenai gangguan bekalan elektrik yang dijadualkan dari jam 8 malam tadi sehingga 4 pagi hari ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

“Pihak TNB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya.

Menerusi notis itu, kawasan lain terjejas termasuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Johor Bahru Sentral.

Bagaimanapun, berdasarkan hantaran pengguna media sosial, gangguan bekalan elektrik masih berlaku pada jam 9.13 pagi tadi. – SM

BACA Onn Hafiz dilantik Menteri Besar Johor yang baharu

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button