Nasional

Cuaca tidak menentu antara faktor telur ayam berkurang

SEBELUM ini, sebuah akhbar mendakwa bekalan telur ayam pelbagai gred di seluruh negeri semakin berkurangan dan kebanyakan pasar raya serta kedai runcit mengalami masalah kehabisan stok.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah telah tampil mengatakan Kementeri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) telah mengenal pasti keadaan cuaca yang tidak menentu antara faktor kurangnya penghasilan dan pengeluaran telur ayam dalam negara.

Tambahnya, faktor tersebut bukan sahaja mempengaruhi pengeluaran sektor pertanian malah haiwan ternakan dan perikanan.

Beliau turut berkata, kejadian banjir dan peningkatan harga bekalan makanan ayam yang diimport dari luar negara turut mempengaruhi kekurangan pengeluaran telur.

“Telur ikut trend terutamanya bulan Januari dia kurang tapi bulan Februari akan meningkat balik kerana pengeluaran telur ayam bermusim.

“Kenaikan harga juga berdasarkan pesanan dan bekalan. Begitu juga banjir serta pekerja terjejas kerana Covid-19, sebab kalau tiada pekerja lagi sukar hendak keluarkan makanan, ayam, telur.

“Bekalan makanan (ayam), bahan mentah kita import, memang harga cukup meningkat,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor Kali Ke 44, di Hotel Mardhiyah di sini, malam tadi. -SM

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button