Politik

Covid-19 mungkin beri kesan peratusan keluar mengundi – Shafie

PRESIDEN Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bimbang kemungkinan wabak Covid-19 mempengaruhi peratusan rakyat Sabah keluar mengundi hari ini.

Mohd. Shafie yang ditemui pemberita mengaku kemungkinan akan berlaku penurunan kadar keluar mengundi akibat prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dilaksanakan di pusat-pusat mengundi.

“Biasanya dalam lingkungan 70 peratus lebih (keluar mengundi). Tetapi agak lambat, dan ditokok tambah oleh SOP, mungkin tidaklah seperti yang dahulu, tetapi mungkin kita akan pastikan mereka akan turun mengundi menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Shafie Apdal mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul pada pukul 8.16 pagi ini.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang tiba di perkarangan sekolah itu pada 8.06 pagi, bersama isteri, Datin Seri Suriyani Shuib.

Mohd Shafie beliau berpuas hati dengan proses pengundian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkenaan.

“Perjalanan proses pengundian pagi ini berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan mencapai sasaran seperti kebiasaannya,” katanya.

Mohd Shafie ditentang empat lagi calon iaitu Norazman Utoh Nain (Perikatan Nasional), yang juga anak buahnya; serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah); Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah)

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pemilih berdaftar di DUN Senallang adalah 14,336 orang, DUN Bugaya (20,267) dan DUN Sulabayan (14,012).-SM
(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button