Nasional

Covid-19: Malaysia catat dua kematian pertama

DUA lelaki masing-masing berusia 60 tahun dan 34 tahun menjadi mangsa pertama Covid-19 di Malaysia.

Lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia di Kuching Sarawak dan seorang lagi di Johor Bahru.

Berdasarkan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa di negeri itu merupakan seorang paderi di sebuah gereja di Kuching.

Beliau meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada pukul 11 pagi ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu lelaki berusia 34 tahun itu pernah menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Dia mula mengalami gejala demam pada 5 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Permai Johor Bahru pada 12 Mac, setelah dikesan positif Covid-19.

“Keadaannya merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Dia disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020,” demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini. -SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button