Nasional

Covid-19: KMUM bentuk pasukan agih makanan kepada pelajar UM

KESATUAN Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) telah membentuk pasukan petugas khas Taskforce  Covid-19 KMUM bagi membantu siswa dan siswi yang masih berada dalam kampus.

Tugas utama pasukan itu ialah mengagihkan makanan dan barang keperluan asas kepada para siswa dan siswi terbabit di Universiti Malaya.

“Dengan ini kami berharap mahasiswa/i bertenang dan ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan semasa halangan pengerakan ini berlaku,” demikian  menurut salah seorang ahlinya melalui hantaran di facebook.

Berdasarkan hantaran di facebook itu juga, Taskforce  Covid-19 KMUM  memerlukan sumbangan untuk membantu para pelajar terbabit.

Dalam posting itu mereka turut memuat naik sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumbangan itu telah diterima oleh Presidem KMUM, Haziq Azfar Ishak.

Orang ramai yang mahu membantu KMUM boleh hubungi:

Najmi Azamuddin (019-2681442)
Azrhul Niezam (017-933021)
Hafizan Azimi (019-7137972)

-SM

 

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button