Hiburan

Sajat tunai umrah, netizen persoal beliau berpakaian sebagai wanita

SELEPAS berkongsi foto dan video menunaikan umrah, Sajat telah menutup instagramnya dari tatapan umum dengan menjadikannya private.

Ia berpunca daripada netizen mempertikaikan bagaimana Sajat yang seorang lelaki berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah.

Nur Sajat terdahulu dalam instagram miliknya meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya di tanah suci Makkah.

Menurut Sajat, dia berasa sungguh terharu dan menyedari keindahan agama Islam.

“Syukur Alhamdulillah, dengan berkat keizinan rombongan kami sekeluarga ke tanah suci Makkah dan Madinah, selesai sudah umrah kami sekeluarga di Makkah.

“Saya sungguh terharu dan terasa diri kecil sangat bila saya menjejak kaki di sini, kerana betapa indahnya Islam, saya melihat kebesaran Allah SWT kerana tidak pernah membezakan hamba dari segi darjat, umur, wajah, jantina, kedudukan, warna kulit atau perbezaan mazhab,” katanya.

(Visited 592 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button