Luar Negara

Covid-19: Jepun gantung skim benar warga asing masuk untuk tujuan perniagaan

TINDAKAN dan keputusan yang harus dibuat oleh Jepun dalam keadaan pendemik Covid-19 terus menular di seluruh dunia.

Semalam Jepun memutuskan untuk menggantung sepenuhnya skim yang membenarkan warga asing dari 11 negara termasuk China dan Korea Selatan daripada memasuki  negara matahari terbit itu  walaupun kemasukan adalah bertujuan perniagaan dan lain-lain.

Kesemua negara berkenaan terpaksa menangguhkan kemasukan mereka ke Jepun yang berkuat kuasa sehingga 7 Februari depan.

Pada awalnya, kerajaan merancang mengekalkan skim itu kecuali untuk negara yang melaporkan kes varian baharu Covid-19.

Berikutan tekanan diterima daripada pelbagai pihak, kerajaan mengambil keputusan untuk mengetatkan kawalan sempadan.


“Kami memandang berat situasi semasa yang membuatkan masyarakat semakin tidak selesa.

“Kami memutuskan mengenai penangguhan itu memandangkan perlunya menyekat semua risiko sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Perdana Menteri Yoshihide Suga.

Beliau menafikan keputusan itu lambat dibuat kerana Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang dijadualkan diadakan pada musim panas selepas setahun penangguhannya.

Mesyuarat Parti Liberal Demokrat yang diadakan kelmarin, rata-rata ahli mendesak kerajaan menggantung skim itu dan mahu ia dikaji semula.

Dalam sebuah program televisyen Jumaat lalu, Perdana Menteri Suga berkata, skim itu dibenarkan hanya kepada rakyat asing dari negara berisiko rendah dan ditangguhkan untuk negara yang mempunyai kes varian baharu. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button