Luar Negara

Sekurang-kurangnya 11 maut dalam nahas lebuh raya di Mexico

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang maut manakala tujuh lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta bertembung dengan sebuah bas di negeri Chiapas yang terletak di tenggara Mexico, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut Pejabat Peguam Negara Chiapas, nahas berlaku pada Ahad pagi apabila sebuah kereta melintasi laluan bertentangan dan bertembung bas terbabit di Lebuh Raya Ocozocoautla-Arriaga.

Bas itu dari pekan sempadan Tapachula dan membawa sebuah keluarga yang dalam perjalanan ke kawasan pergunungan San Cristobal de las Casas untuk bercuti. – BERNAMA

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button