Covid-19: Itali catat kematian tertinggi dalam sehari, 475 orang
ITALI yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19 mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam sehari iaitu 475 orang pada Rabu.
Pada masa sama Perancis melaksanakan langkah drastik perintah berkurung yang belum pernah dilihat ketika aman,
Sementara di Amerika Syarikat, wabak itu kini sudah merebak ke semua 50 negerinya.
Ketika ini wabak itu sudah menjangkiti lebih 200,000 dengan lebih 80,000 kematian, dengan 83,000 telah pulih daripada jangkitan.
Ini berdasarkan data daripada Universiti Johns Hopkins.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa supaya tindakan lebih agresif diambil oleh negara-negara Asi Tenggara selepas Kesatuan Eropah yang kini menjadi pusat pandemik.
LAGI BERITA:
- PM pula rayu orang ramai supaya duduk di rumah
- Orang awam masih ingkar, beri alasan tidak munasabah
- Rakyat Malaysia dipercayai sertai perhimpunan tabligh di Sulawesi
- Seorang kakitangan Standard Chartered dijangkiti
Turki catat kematian kedua
Kerjaan Turki pada Rabu mengesahakan kematian kedua akibat pandemik Covid-19.
Mangsa adalah lelaki berusia 61 tahun,
Sebanyak 93 kes baharu dikesan di negara itu menjadikan keseluruhan 191 kes.