Nasional

Wabak COVID-19 boleh jangkiti semua tanpa kira bangsa, agama – Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh rakyat Malaysia termasuk pimpinan masyarakat memikul tanggungjawab menunaikan arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, perkara ini meliputi soal kemanusiaan apabila bahaya wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
“Kita menunaikan secara bertanggungjawab dengan wabak ini menimpa semua.

“Macam kita duduk dalam bahtera, kalau kapal tenggelam semua yang ada dalam kapal (turut) tenggelam. Bukan kapten kapal sahaja, termasuk kelasi kapal dan penumpang kapal,” kata Hadi dalam satu rakaman kenyataannya yang disiarkan di akaun Facebook.

Bermula hari ini sehingga 31 Mac, kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkali-kali merayu semua orang supaya duduk di rumah bagi mengelakkan penularan wabak membunuh itu.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dilaksanakan bagi menjarakkan hubungan sosial untuk tempoh dua minggu.

Bagaimanapun tindakan penduduk Lembah Klang yang berpusu-pusu pulang ke kampung telah menimbulkan kebimbangan wabak berkenaan akan menular di kawasan luar bandar.

Setakat ini dua orang telah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit yang telah menular ke seluruh dunia itu. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button