Nasional

COVID-19: Seorang kakitangan Standard Chartered dijangkiti

SEORANG kakitangan Standard Chartered Malaysia cawangan Petaling Jaya, Selangor, disahkan dijangkiti COVID-19.

Menurut kenyataan Standard Chartered, pihak pengurusan bank telah mengambil langkah-langkah menghulurkan bantuan keselamatan sepenuhnya bagi membendung jangkitan virus itu dalam kalangan ahli keluarga mangsa.

Bagaimanapun kakitangan tersebut tidak masuk ke mana-mana premis perbankan sejak 28 Februari lalu.
Pada 13 Mac lalu, kakitangan berkenaan telah pergi ke luar negara dan sekembalinya ke tanah air, dia telah mengasingkan diri (kuarantin) di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam tempoh kuarantin di rumah, kakitangan itu mengalami tanda-tanda COVID-19 dan telah pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Petang semalam, kakitangan berkenaan disahkan dijangkiti COVID-19.
Sehubungan itu, semua cawangan bank dan premis pejabat dinyahsteril seperti mana panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak pengurusan bank tetap berwaspada dan memantau keadaan dengan teliti.

“Keutamaan kami adalah keselamatan dan kesihatan para pekerja dan pelanggan. Jadi, pihak kami bekerjasama rapat dengan penguatkuasa untuk meminimakan risiko penyebaran atau jangkitan virus.

Di samping memastikan semua keperluan pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan dipenuhi, kami telah melaksanakan langkah-langkah tambahan seperti dikurangkan secara bersemuka dengan pelanggan.

“Kami juga telah mengatur langkah bagi kakitangan untuk bekerja dari rumah selain daripada melakuan operasi berskala mengikut giliran.

“Mana-mana mesyuarat yang boleh ditangguhkan, akan ditangguhkan ke satu tarikh yang dirasakan sesuai,” kata kenyataan itu lagi. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button