fbpx
Luar Negara

Covid-19: Brazil, Indonesia, Bangladesh uji vaksin Sinovac

SEBANYAK tiga buah negara sudah menawarkan diri untuk menjalankan ujian kepada penawar baharu Covid-19 yang dibangunkan syarikat Sinovac Biotech Ltd dari China.

Sinovac sebelum ini mencari negara yang ingin menawarkan diri untuk melakukan ujian terhadap vaksin mereka memandangkan jumlah pesakit Covud-19 di China sudah berkurang.

Negara pertama yang menerima vaksin tersebut ialah di Brazil di mana sebanyak 9000 pekerja kesihatan di enam buah negeri akan diuji.

“Ujian vaksin Covid-19 ini sudah memasuki fasa terakhir ujiannya dan kita akan mulakan di sebuah hospital di Sao Paolo, Brazil.

“Keputusan rasmi untuk ujian ini dijangka akan diperoleh dalam masa 90 hari,” katanya seperti dilaporkan Jakarta Post.

Sementara itu, Presiden Institut Butantan Dimas Covas yang turut terlibat dengan kajian vaksin Covid-19 dari Sinovac Biotech itu berkata, sebanyak 120 juta dos akan diberi kepda Brazil.

BACA> Nenek ‘gelang pink’ menghidap Covid-19 dirawat di hospital

Jelas Covas, vaksin itu akan diberikan kepada Brazil sekiranya ujian yang dijalankan sekarang membuahkan hasil yang positif.

Setakat ini, Brazil ialah negara kedua yang mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Sebanyak 2.1 juta kes jangkitan dan 80,000 kematian berpunca daripada Covid-19 telah dicatatkan negara itu.

Sementara itu, dua lagi negara yang berminat untuk menerima vaksin tersebut ialah Bangladesh dan Indonesia.

Pengarah Kounsil Kajian Perubatan Bangladesh, Mahmood Uz Jahan berkata, ujian vaksin dari Sinovac itu akan bermula pada bulan depan.

BACA> Daripada juruterbang ke penghantar makanan

“Sebanyak 4,200 sukarelawan dari tujuh hospital Covid-19 di Dhaka akan diberikan vaksin tersebut,” katanya seperti dilaporkan Deecan Chronicle.

Indonesia juga akan melakukan ujian bagi vaksin tersebut bermula Ogos depan.

Pengarah Utama Bio Farma, Honesti Basyir berkata, ujian itu akan dilakukan kepada mereka yang berusia 18 hingga 59 tahun di Bandung. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button