Luar Negara

COVID-19: Angka korban terus meningkat, kematian di Itali hampir 800 dalam sehari

BRUSSELS/GENEVA, 22 Mac — Ketika Itali mencatatkan korban COVID-19 teramai dalam sehari iaitu 793 pada Sabtu, data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menunjukkan pandemik itu meragut 11,184 nyawa di seluruh dunia pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Di seluruh dunia, bilangan kes kumulatif meningkat kepada 266,073, dengan virus menular ke 182 negara dan wilayah.

Di luar China, jumlah kes disahkan bertambah kepada 184,657.

Itali, Sepanyol, Iran, Jerman, Amerika Syarikat dan Perancis antara negara paling teruk terjejas, kesemuanya merekodkan lebih 10,000 kes. Dan negara-negara ini mencatatkan lebih 130,000 jangkitan.

 

KES JANGKITAN, KEMATIAN MENINGKAT

 

Itali melaporkan 6,557 kes baharu pada Sabtu, menjadikan keseluruhan sebanyak 53,578 sejak wabak mula dikesan pada 21 Februari. Kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam itu tertinggi dicatatkan, menjadikan jumlah korban sebanyak 4,825.

Di Sepanyol, kes jangkitan menghampiri 25,000 pada Sabtu menjadikan keseluruhan sebanyak 5,000. Seramai 326 pesakit pula meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan 1,328.

Di Perancis 112 kematian dilaporkan manakala kes jangkitan sebanyak 1,847 meningkat kepada 14,459. Seramai 6,172 orang dimasukkan ke hospital, termasuk 1,525 pesakit berada di dalam unit rawatan rapi,  separuh daripadanya di bawah umur 60 tahun.

United Kingdom pula menyaksikan kes terkini sebanyak 5,018, dengan 233 kematian.

Sebanyak 30 lagi kematian dilaporkan di Belanda, 136 orang meninggal dunia, 637 disahkan dijangkiti, dengan keseluruhan kes 3,631.

Pada Sabtu juga Cyprus, Finland, Lithuania, Bosnia dan Herzegovina masing-masing melaporkan kematian pertama akibat COVID-19.

— BERNAMA

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button