Luar Negara

Kereta api laju Indonesia mampu bertahan dari sebarang bencana alam

KERETA api laju (Kereta Cepat Jakarta-Bandung/KCJB) pertama milik Indonesia dikatakan mampu bertahan terhadap pelbagai jenis bencana alam seperti angin kencang, hujan lebat, gempa bumi, benda asing dan sambaran kilat.

Memetik laporan CNBC Indonesia, dalam satu kenyataan rasmi oleh Presiden Direktur KCIC, Dwiyana Slamet Riyadi menyatakan, pelbagai teknologi canggih yang dipasang di landasan dan gerabak kereta api yang dapat mencegah dari sebarang bencana alam.

Dwiyana turut mengakui pihaknya telah menyediakan pelbagai instrumen untuk melindungi KCJB daripada sebarang ancaman bahaya dengan mewujudkan Pusat Pemantauan Bencana, sensor pengesan ancaman di sepanjang laluan kereta api tersebut dan Terminal Pemantauan Bencana di Tegalluar sebagai pusat pengurusan data bencana.

Untuk mengukuhkan lagi sistem keselamatan, ia turut dilengkapi dengan sistem pengawasan CCTV, sistem perlindungan kilat dalaman dan luaran, sensor pengesan gempa bumi, angin kencang serta hujan dan sistem perlindungan objek asing.

“Kami juga mengambil kira risiko bekalan elektrik terputus dengan menyediakan bekalan elektrik sandaran di setiap gerabak yang mempu membekalkan tenaga elektrik selama maksimum 120 minit.

“Dengan kuasa yang terdapat dalam bekalan sandaran, telekomunikasi, pencahayaan dan pengudaraan kecemasan masih boleh dikendalikan,” katanya.

Akhir sekali, KCIC percaya bahawa pembinaan KCJB juga telah direka selamat daripada ancaman kilat. -SM

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button