fbpx
Bola SepakLuar Negara

Guna patung seks ganti penonton

EKORAN larangan terhadap kemasukan orang awam ke dalam stadium ketika perlawanan bola sepak, beberapa buah patung seks ditempatkan dekat kerusi penonton.

Insiden berkenaan dipercayai dilakukan oleh pengurusan kelab bola sepak Korea Selatan, Seoul FC ketika perlawanan menentang Gwanju dalam kejohanan Top Korea Selatan pada Ahad lalu.

BACA > Jangan biar kemelut politik berlarutan — Suara Merdeka

Tindakhttps://bit.ly/36d6F1tan itu dipercayai sebagai sokongan kepada pemain kelab itu apabila patung berkenaan dipakaikan baju jersi dan memegang sepanduk.

Bagaimanapun, gambar ‘gelagat’ patung itu tular dalam Instagram dan mendapat kecaman peminat yang mendakwa tindakan tersebut sebagai mengarut dan pelik.

“Sejujurnya, jika awak lihat patung itu pasti berasa pelik dan mengarut,” kata seorang peminat seperti dilaporkan portal CNN.


“Patung wanita dipakaikan dengan baju t-shirt, susuk buah dada pula yang tersembul keluar sebegitu. Awak tak tahu ke itu patung seksual? Awak bergurau ke apa?” komen seorang peminat dalam Instagram.

Menyedari situasi tersebut, pengurusan kelab akhirnya membuat permohonan maaf dalam Instagram dan Facebookya.

BACA > 3,800 hamper diagih kepada veteran tentera sempena Ramadan — Suara Merdeka
BACA > Periksa kapal dagang elak penyebaran Covid-19 — Suara Merdeka

“Kami kesal dan mohon maaf kepada peminat berkenaan penggunaan patung seks sebagai pengganti penonton di stadium,” katanya.

Menurut Seoul FC, penggunaan patung seks itu sebagai model untuk menggayakan jersi mereka selain ‘lakonan’ sebagai penonton ketika perlawanan.

“Ini salah kami, apa pun alasannya kami mohon maaf sekali lagi kerana menyebabkan kecaman peminat yang sentiasa menyokong Seoul FC,” ujarnya lagi.

Perlawanan kelab itu menentang Gwanju adalah penjadualan semula daripada tarikh asal 29 Februari akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

BACA > Penemuan, rampasan dadah terbesar di Asia — Suara Merdeka
BACA > Selagi jubah atas jasad, Kor Ming akan pertahan integriti Parlimen — Suara Merdeka

Justeru, penonton adalah dilarang daripada memasuki stadium bagi menjaga penjarakan sosial dan mengelak daripada penularan pandemik itu. – Agensi

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button