KesihatanNasionalNegeri

Covid-19: 57 kes baharu di Perlis, naik lagi 25 kes

KES Covid-19 di Perlis semakin meningkat kepada 57 kes pada minggu ini iaitu dari 3 hingga 9 Disember apabila tambah 25 kes lagi berbanding minggu sebelumnya.

Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan berkata, angka ini berdasarkan makluman Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKN) Perlis) pada Minggu Epidemiologi ke 49 di mana kes Covid-19 telah meningkat 78 peratus.

“Kumulatif kes bagi tahun 2023 adalah 771 kes dengan 19, 727 kes sepanjang pandemik,” katanya.

Megat Hashirat berkata, dari pecahan data bagi 57 kes COVID-19 bagi 3 hingga 9 Disember itu di mana 46 kes (81 peratus) adalah kes tempatan dan 11 kes (19 peratus) adalah kes Import B.

Katanya, sebanyak 41 kes (72 peratus) dikesan melalui Saringan Bergejala, 8 kes (14 peratus) dikesan melalui Saringan Survelan SARI,

6 kes (11 peratus) dikesan melalui Saringan Kontak Rapat manakala masing-masing satu kes (2 peratus) dikesan melalui Saringan Survelan ILI dan melalui Saringan Pra Kemasukan ke hospital.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan di mana sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi.

“Bagi mereka yang mempunyai gejala dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai,” katanya.

Katanya, jika perlu ke tempat awam, adalah dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dengan cara yang betul bagi mengelakkan penularan jangkitan kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, atau ibu mengandung juga digalakkan. – SM

BACA PERKESO proses tuntutan kes Covid-19 bawah penyakit khidmat

BACA Kes Covid19 naik: Lebih ramai beli pelitup muka

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button