BanjirBencana alamNasional

SSM ganti semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan mangsa banjir secara percuma

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan pemilik perniagaan yang musnah akibat bencana banjir secara percuma.

Penggantian itu dibuat melalui inisiatif ‘Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam’, kata SSM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu pemilik perniagaan yang terlibat atau terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri baru-baru ini untuk mendapatkan salinan cetakan sijil berkenaan tanpa sebarang bayaran.

“Bagi mendapatkan salinan cetakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan secara percuma, pemilik perniagaan yang terkesan boleh hadir ke kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara.

“Bawa bersama laporan polis atau dokumen berkaitan yang membuktikan bencana berlaku di premis perniagaan atau alamat kediaman pemilik perniagaan tersebut. Tempoh pengecualian ini berkuatkuasa dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya bencana alam,” katanya.

Sila layari soalan lazim berkenaan inisiatif ini di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my . Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel kepada [email protected]. – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button