fbpx
Bola SepakSukan

City sanggup sediakan kontrak bernilai RM3.46 billion demi Messi

LIONEL Messi dilaporkan bersetuju mengikat perjanjian yang mencatat rekod bernilai 623 juta pound (RM3.46 billion) bagi menyertai Manchester City.

Pemain berusia 33 tahun itu kini dalam misi mendesak Barcelona melepaskannya, selepas dia membuat permohonan untuk berpindah.

Menurut Record Sport, Messi telah bersetuju dengan terma kewangan bagi menandatangani kontrak selama lima tahun yang bernilai secara keseluruhan 623 juta pound.

Perjanjian tidak masuk akal itu bakal menjadikan bintang Argentina tersebut sebagai pemain yang menerima bayaran termahal dalam sejarah sukan bola sepak.

Jumlah tersebut melibatkan pecahan bayaran khidmatnya sebanyak 14,200 pound (RM78,894) sejam, 341,000 pound (RM1.89 juta) sehari, 2.4 juta (RM13 juta) seminggu dan 10.4 juta pound (RM57.7 juta) sebulan.


Messi dijangka akan beraksi selama tiga musim di Etihad, sebelum menyertai pasukan Kumpulan Bola Sepak City (CFG) dalam Liga Bola Sepak Utama, New York City FC untuk dua tahun.

Dilaporkan juga bahawa Messi ditawarkan saham ekuiti dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej tersebut.

Pemenang Ballon d’Or enam kali itu kini bertelagah dengan Barcelona sejak dia mengemukakan permohonan perpindahannya untuk pergi secara percuma.

Bos baharu Barcelona, Ronald Koeman telah memutuskan bahawa jika Messi tidak lagi mahu bermain bersama kelab gergasi Sepanyol tersebut, maka lebih baik pemain itu meninggalkan pasukan secepat mungkin.

Calon presiden Barca, Victor Font menegaskan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu perlu menghormati permintaan bintang Argentina tersebut dengan membenarkan Messi pergi.

Bapa Messi yang juga berperanan selaku wakil pemain itu, Jorge Messi, semalam, terbang ke Sepanyol dari bandar Rosario, Argentina dengan menaiki jet peribadi bagi berunding dengan ketua Barcelona hari ini.

“Beberapa bulan lalu, presiden pernah berkata, pemain mempunyai hak untuk meninggalkan pasukan dan bersara bila mereka mahu.

“Sekarang disebabkan keadaan yang sangat luar biasa, dia perlu menghormati komitmen tersebut,” kata Font.

Ketika ditanya sama ada Messi telah dikhianati kelab, Font berkata, memang ada berlaku tidak konsisten dan ia mungkin disebabkan oleh salah urus tadbir lembaga kelab pada ketika ini dan mereka seperti cuba menyembunyikan kesilapan itu.

“Sebab itu, demi sejarah kelab amat penting melakukan apa yang perlu, bagi mengelak perkara yang lebih buruk berlaku,” jelasnya. – The Sun UK – SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button