Nasional

Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan U Mobile Sdn Bhd dituntut buat penambahbaikan kualiti perkhidmatan

TIGA syarikat telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan U Mobile Sdn Bhd dituntut membuat penambahbaikan kualiti perkhidmatan mereka.

Ketiga-tiga syarikat itu didapati gagal memenuhi piawaian perkhidmatan jalur lebar dan menambah baik kualiti perkhidmatan di beberapa kawasan yang dikenal pasti di Langkawi termasuk Langkawi Highway dan beberapa kawasan pelancongan.

“Arahan Suruhanjaya yang didaftarkan pada 19 Mei 2022 menuntut ketiga-tiga syarikat itu untuk membuat penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan kualiti pengalaman pengguna pada tahap yang baik dan memenuhi MSQoS.

“Kegagalan syarikat telekomunikasi dalam memenuhi Arahan Suruhanjaya berkenaan piawaian kualiti ini boleh mengakibatkan syarikat telekomunikasi tersebut dikenakan penalti berat sehingga RM200,000 di bawah seksyen 109, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM),” kata Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dalam kenyataan hari ini.

SKMM menjalankan audit teknikal terhadap perkhidmatan jalur lebar di bawah Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan di 3,038 lokasi di 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan.


Aktiviti proses audit merupakan rutin yang sering dilakukan oleh pihak SKMM bagi memantau tahap prestasi kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan.

Untuk rekod, bermula pada tahun 2021, SKMM telah menjalankan transformasi terhadap semua pejabat negeri di mana salah satu penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan menambah peralatan dan pasukan audit yang dahulunya enam pasukan, kini terdapat 14 pasukan untuk menjalankan audit di lapangan.

Selain itu, SKMM turut memperketatkan penguatkuasaan MSQoS Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Tanpa Wayar, jika sebelum ini audit dijalankan di beberapa wilayah, kini ia dijalankan di seluruh lokasi.

“SKMM akan terus komited untuk memastikan rakyat di negara ini terus terhubung dan berupaya bagi memperoleh faedah daripada kesalinghubungan yang berkualiti tinggi,” kata suruhanjaya tersebut.

Menurut SKMM dalam kenyataannya, sebanyak 40 notis wajib kepatuhan terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi yang melibatkan 449 lokasi terawal gagal telah dikeluarkan dari 1 Januari 2022 hingga 15 Jun 2022 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM berkata, ia menjalankan audit teknikal terhadap perkhidmatan jalur lebar di bawah Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) di 3,038 lokasi membabitkan 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan.

“Ia adalah susulan daripada arahan yang dikeluarkan oleh  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa kepada SKMM untuk membuat pemetaan dan audit kualiti perkhidmatan capaian Internet di seluruh negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua lokasi berkenaan dipilih berdasarkan rekod lokasi aduan yang diterima oleh SKMM.

“Daripada 3,038 lokasi tersebut, 40 notis wajib kepatuhan yang melibatkan 449 lokasi terawal gagal telah dikeluarkan dari 1 Januari 2022 hingga 15 Jun 2022,” ujar SKMM. – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button