Negeri

Cegah musibah kebakaran di musim perayaan – Raja Muda Perlis

Masyarakat dinasihatkan supaya jangan sekali-kali mengabaikan aspek keselamatan di rumah khususnya pada musim perayaan yang sekali lagi bakal menjelang tiba.

Tiada jaminan kapada kita semua tidak kira golongan atau lapisan masyarakat yang mana kita akan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kecelakaan dan kemalangan sesungguhnya bila-bila sahaja boleh berlaku akibat daripada pengabaian aspek keselamatan.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan program ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’ yang dianjurkan mengambil sempena ‘Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Negeri Perlis 2021’ yang disambut pada 4 Mei setiap tahun di Masjid Putra Simpang Empat baru-baru ini.

Program amal anjuran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis dan rakan strategiknya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Bilangan ke 31 bagi tahun 2021’ yang turut melibatkan penyampaian bantuan agihan zakat MAIPs disempurnakan oleh Tuanku Raja Muda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan.


Hadir menyambut keberangkatan baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Ruhisha Haris.

Sementara itu Ruhisha dalam ucapan beliau mengingatkan semua bahawa ‘Sambil kita bergembira menyambut perayaan, aspek kawalan dari segi kecekapan penggunaan tenaga elektrik, penggunaan perkakas elektrik dan keselamatan di dapur perlulah dititikberatkan agar kita dapat elakkan kecelakaan kebakaran rumah kediaman yang boleh mengancam nyawa penghuninya dan merosakkan harta benda keluarga tersayang sendiri serta jiran tetangga.

Tambah beliau, ‘Sikap kita yang selalu leka atau ‘lapse of good practices’ ini boleh mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Penyediaan peralatan pemadaman di peringkat awal seperti ‘fire blanket’ dan alat pemadam api, akan membolehkan penghuni bertindak lebih awal sebelum ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button