JenayahNasionalNegeri

Cubaan seludup lebih 10 tan mercun, bunga api di sebalik muatan sabut kelapa tumpas

TAKTIK seorang pemandu treler yang cuba berselindung dengan membawa muatan sabut kelapa dari Thailand akhirnya terbongkar.

Ini berikutan pihak berkuasa telah mengesan sesuatu yang mencurigakan setelah lori treler berkenaan melalui mesin pengimbas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) di Padang Besar.

Mercun dan bunga api yang dirampas oleh JKDM Perlis.

Pegawai Kastam Unit Dagangan Jalan Raya (UDJR) di ICQs Padang Besar kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan rapi ke atas lori berkenaan.

Berikutan itu ia membawa kepada penemuan 10.82 tan mercun dan pelbagai bunga api pelbagai jenama bernilai RM143,530 dengan nilai cukai RM94,729.80 telah ditemui di antara 195 guni sabut kelapa tersebut.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis, Ismail Hashim pada sidang media di JKDM Cawangan Padang Besar hari ini.


Ismail Hashim

Ismail berkata, pemandu lori warga tempatan yang berusia 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, mercun dan bunga api telah disita kerana ia merupakan barang larangan import seperti dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1) (a) Akta yang sama. – SM

(Visited 63 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button