Berita GajetGajet

Cara elak iPhone jadi panas

Telefon bimbit telah menjadi alat serbaguna yang dapat digunakan untuk memudahkan kegiatan sehari-hari penggunanya. Namun, pemakaian telefon pintar dalam keadaan atau untuk keperluan tertentu dapat membuat telefon bimbit kepanasan atau overheat.

Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya telefon tengah membuka banyak aplikasi secara serentak atau ketika telefon menjalankan game dalam waktu yang cukup lama.

Jika dibiarkan terus-menerus, keadaan ini dapat mengganggu prestasi telefon. Selain itu, telefon yang panas tentu menyebabkan kesan yang tidak selesa apabila digenggam. Indikasi yang pasti bahwa iPhone mengalami kepanasan adalah munculnya peringatan overheat di layar. Pengguna diminta membiarkan telefon beberapa saat agar mendingin sebelum boleh dipakai lagi.

Nah, supaya hal itu tak terjadi, ada beberapa langkah pencegahan overheat pada iPhone yang boleh dilakukan.

Hindari sinar matahari langsung. Menurut penjelasan Apple di laman webnya, suhu persekitaran yang ideal untuk iPhone adalah antara 0 hingga 35 darjah Celsius.


Had itu akan dilanggar apabila telefon bimbit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung.

Oleh itu sebaiknya jangan gunakan iPhone ketika panas terik, khususnya ketika cuaca panas, selain menyebabkan kesukaran untuk melihat papan layar.

Carilah tempat teduh terlebih dahulu. Disarankan juga agar tidak menyimpan iPhone di dalam kenderaan di tempat yang terkena cahaya matahari langsung, misalnya di atas dashboard.

Gunakan charger tulen kerana  penggunaan charger asli yang tersedia di kotak iPhone atau gadget Apple lain seperti iPad dianjurkan untuk memastikan kesesuaiannya.

Pengguna boleh juga menggunakan charger pihak ketiga yang diketahui memiliki kualiti bagus. Selain membuat overheat, charger palsu juga berbahaya boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.

(Visited 80 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button