fbpx
EkonomiGajet

Selalu Post Tentang Bisnes Atau Jual Barang Di Facebook Tetapi Sendu? Ini Penjelasannya!

Kebanyakan peniaga sebelum ini menggunakan Facebook sebagai medium utama untuk mempromosikan iklan atau menjual sesuatu produk.

Jika bercakap tentang ‘KALAU DAHULU’, penulis memang tidak nafikan semua kaedah itu sangat berjaya dan memberikan hasil luar biasa!

Namun untuk tempoh sekarang, anggaplah ia sekadar memori lama yang takkan berulang lagi kerana Facebook ada agendanya yang tersendiri.

Ketahuilah Kewujudan FB Ads / IG Ads

Setelah melihat Facebook sebagai tempat simpanan data terbesar dunia secara maya, permainan untuk peniaga atas talian telah berubah.

Sebab itulah kalau setiap kali anda membuat posting berkait degan bisnes, pernah alami atau tidak? Post itu sendunya tahap nauzubillah!


Tetapi berbeza pula dengan posting-posting yang berkait dengan kehidupan seharian, gambar kucing, aktiviti bercuti dan majlis-majlis keramaian.

Jadi apa penyelesaiannya bagi seorang peniaga atas talian? Jawapannya adalah dengan menggunakan FB Ads atau IG Ads.

Kelebihan FB Ads / IG Ads

Kebanyakan orang kita lupa bahawa kewujudan asal Facebook adalah sebagai tempat untuk bersosial sehingga ia diberi gelaran platform media sosial.

Namun apabila bercakap tentang tempat simpanan data terbesar dunia secara maya, di sinilah FB Ads atau IG Ads memainkan peranannya.

Lihat balik pada profil Facebook kita. Apa yang ada? Paling kurang anda menyatakan tinggal di Kuala Lumpur dan sudah berkahwin.

Hasil daripada pengesahan di profil anda itu, ia sudah memadai bagi pakar pengiklan media sosial untuk menentukan ‘avatar pelanggan’.

Variasi Dalam Promosikan Produk

Setiap perniagaan, produk mahu pun servis, cara penyampaiannya adalah berbeza-beza dan sebagai orang berniaga, berhentilah kata, “Apa yang kita jual sesuai untuk semua orang”.

Hal ini disebabkan setiap barangan itu diwujudkan dengan audien yang tersendiri dan jika kurang mengerti, Suara Merdeka akan kongsikan lebih lanjut menerusi Ads Coaching.

Kita ambil contoh produk sistem solar untuk kediaman yang dijual oleh Gading Kencana Sdn. Bhd. yang berharga RM22,000 hingga RM55,000.

Mendengar spesifikasi produk itu, pastinya orang yang bijak seperti pembaca mengetahui bahawa ia cuma sesuai untuk rumah teres, semi D dan banglo.

Rumah flat atau apartment sama sekali tidak sesuai kecuali pihak pengurusan bangunan tersebut sendiri yang memasangkannya untuk semua penghuni.

Dari segi fungsi pula, ia memberikan penjimatan sehingga 50 peratus dan sesuai untuk golongan yang membayar bil elektrik RM1,000 sebulan.

Dengan ini, jelas bahawa jika kita menetap di rumah flat dan bil elektrik cuma sekitar RM100 sebulan, produk itu kurang sesuai dengan kita.

Berbeza dengan sebuah keluarga yang mendiami banglo dengan bil elektrik tinggi, pastinya pemasangan solar adalah produk yang tepat untuk dibeli.

Jadi untuk mendapatkan pelanggan sebegini bergantung kepada objektif syarikat atau peniaga atas talian.

Misalnya mahu wujudkan iklan pelangan boleh walk in ke premis menerusi link Google Maps atau Waze yang diberikan.

Atau mengisi borang khas untuk pengawai jualan mendapatkan data bagi follow up selain boleh juga mendapatkan pelanggan terus ke Whatsapp Business.

Untuk mendapatkan khidmat pakar pemasaran media sosial Suara Merdeka, sila berhubung dengan Ludfi Mohamed di talian 012-3717156.

(Visited 127 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button