EkonomiGajetUlasan

Xiaomi ingin menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia dalam tempoh tiga tahun lagi.

Lu Weibing, Naib Presiden Kanan Kumpulan Xiaomi China dan GM Redmi, berkata dalam temu bual semalam bahawa Xiaomi merancang untuk mengatasi semua jenama telefon pintar lain untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia.

Beliau menambah berkata bahawa syarikat itu akan menyasarkan pasaran telefon mudah alih luar talian China terlebih dahulu kerana 70% daripada jualan telefon pintar masih dijual di luar talian di negara itu. Xiaomi merancang untuk mencapai 30,000 kedainya di China dalam tempoh 3 tahun akan datang juga, dan baru-baru ini merasmikan kedainya yang ke-10,000.

Naib Presiden Xiaomi selanjutnya berkata bahawa hanya apabila matlamat sukar dicapai boleh ada “nilai dan kepentingan cabaran.” Beliau menegaskan bahawa persaingan, melalui kedai, berjaya menjual produk yang sudah ditawarkan Xiaomi pada harga yang jauh lebih tinggi. Ini kerana penjualan melalui kedai memegang kuasa pujukan, iaitu sesuatu yang kurang dalam medium dalam talian.

Sasaran Xiaomi ini adalah realistik selepas melihat peningkatan pengeluaran peranti mereka tahun lalu. Peranti yang berspesifikasi menarik dipadankan dengan harga yang lebih mampu milik berbanding pesaing mereka. Yang menjadi batu penghalang hanyalah bekalan cip yang kritikal sekarang dengan kesemua pengeluar terjejas di seluruh dunia.

Bukan sekadar merancang untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia sahaja, Malah, Xiaomi juga merancang untuk melengkapi penguasaan pasaran lain dengan matlamat mengeluarkan besar-besaran kereta elektriknya sendiri pada tahun yang sama. Sebuah syarikat pengeluar kereta elektrik telah ditubuhkan oleh mereka pada bulan lepas untuk membantu mencapai matlamat tersebut. – SM

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button