Auto TravelEkonomi

Caltex umum dua stesennya menerima Pensijilan Platinum GreenRE di Malaysia

CHEVRON Malaysia Limited (“Chevron”), syarikat yang memasarkan jenama runcit Caltex™ di Malaysia, telah menerima pengiktirafan penting bagi dua stesen Caltex yang terletak di Ayer Keroh PLUS R&R Utara-Selatan.

Kedua-dua stesen adalah yang pertama di Malaysia untuk menerima pensijilan Platinum di bawah kategori Bangunan Bukan Kediaman Sedia Ada. Pensijilan tersebut diberikan oleh GreenRE, badan pensijilan bangunan hijau utama negara, yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Chevron merencanakan masa depan rendah karbon bagi operasinya. Stesen servis Caltex dengan pensijilan GreenRE mencerminkan model stesen servis Caltex yang tertumpu kepada kecekapan kos untuk mengurangkan keamatan karbon, yang hakikatnya menyokong perniagaannya.

Dengan sistem pemarkahan yang teliti, GreenRE menilai langkah-langkah yang diambil oleh sesebuah pembangunan, dengan markah keseluruhan 90 mata dan ke atas perlu dicatatkan untuk mendapatkan sijil Platinum GreenRE.

Sebagai sebahagian daripada penilaian ini, dua stesen Caltex tersebut mendapat markah tinggi dalam enam kategori impak alam sekitar: Kecekapan Tenaga, Kecekapan Air, Operasi dan Pengurusan Lestari, Kualiti Persekitaran Dalaman, dan Ciri-Ciri Hijau Lain dan Emisi Karbon Pembangunan. (Rujuk kepada Lampiran A untuk maklumat lain).


Chevron menaik taraf dua stesen Caltex dengan ciri-ciri baharu untuk menambah baik kecekapan tenaga, mengurangkan penggunaan air dan meningkatkan keselesaan dan kualiti ruang. Sebagai contoh, kanopi besar digunakan dengan memasang panel solar pada bumbung untuk menjana tenaga bagi kegunaan stesen.

Pada 2021, kedua-dua stesen mencapai penjimatan tenaga lebih 50% (atau bersamaan dengan 181,000kWj* secara kolektif) menerusi reka bentuk cekap guna tenaga dan panel fotovoltan solar.

Air yang digunakan untuk operasi harian diuruskan secara lebih cekap dengan menyediakan alat penjimatan air untuk mengurangkan penggunaan air boleh diminum dan memasang tangki pengumpulan air hujan sebagai sumber air alternatif untuk mengairi kawasan berlandskap di stesen ini.

Ciri-ciri mesra alam lain yang diterapkan di stesen ini termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED) dan penyaman udara kecekapan tinggi, Sistem Ukuran Tenaga, cat sebatian organik tidak mudah meruap, keupayaan kawalan suhu, tong kitar semula dan pengurusan sisa, sistem meter air pintar, dan alat cekap guna air.

Jay Gomez, Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited berkata, “Kami berbangga untuk menerima akreditasi tertinggi daripada GreenRE. Pencapaian ini mencerminkan model masa depan bagi stesen servis yang boleh diperluaskan di seluruh rangkaian Caltex, sambil kami mencari penyelesaian untuk beroperasi dengan tahap kecekapan lebih tinggi dalam pengurusan tenaga dan air.”

Datuk Seri FD Iskandar, Pengerusi GreenRE mengucapkan tahniah kepada Chevron atas usaha mengagumkan dalam menaik taraf kedua-dua stesen Caltex, “Saya amat gembira dengan pencapaian kedua-dua stesen dan kejayaan sebagai dua stesen servis pertama di Malaysia untuk menerima pensijilan Platinum.

Pasukan dari Chevron berusaha bersungguh-sungguh memastikan markah yang tinggi dicapai dalam keenam-enam kategori impak alam sekitar. Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan Chevron untuk merintis jalan bagi stesen-stesen servis Caltex yang direka bentuk dengan baik dan bersedia untuk masa depan, selaras dengan Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia.” – SM

Kredit: EnjinDotCom

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button