fbpx
Ekonomi

Kalau peminjam muflis bagaimana?

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Mohd Irwan Sergiar Abdullah melontar soalan jika para peminjam muflis apa akan jadi kepada bank-bank dan ekonomi negara.

Dalam hantaran ke twitter beliau berkata, moratorium bukan bermakna pinjaman tidak dibayar.

“Mana belajar kewangan dan ekonomi ini?” soal beliau.

Semalam, Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, membayangkan kemungkinan besar moratorium menyeluruh diperpanjang tidak akan berlaku.

Kata Gabenor Bank Negara moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatif.


“Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko.

“Ini (moratorium menyeluruh) akan mengekang pertumbuhan dan menjejaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi.

“Pertumbuhan yang dijana melalui hutang adalah tidak mapan. Hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus. Tertinggi sepanjang masa buat Malaysia,” katanya.

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button