Hiburan

Lepas Hishammuddin, Shaheizy Sam pula dikritik isu rokok elektronik

SEBELUM ini,  Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah dikritik kerana menghisap rokok elektronik (vape) di dalam Dewan Rakyat.

Kritikan itu telah disambut dengan hati yang terbuka oleh pemimpin itu dengan permohonan maaf dibuat selepas isu berkenaan tular.

Semalam, Shaheizy Sam pula yang dikritik kerana menggantung beberapa alat rokok elektronik di dadanya ketika siaran langsung Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH 33).

Sam ketika itu memakai busana baju melayu dan bersongkok menjadi seorang daripada penyampai anugerah pada malam tersebut.

Namun, gaya Sam yang menggantung alat tersebut di lehernya dilihat seolah-olah mempromosikan gaya hidup menghisap rokok elektronik sehingga mendapat teguran masyarakat.


Antara yang menegur ialah akaun Facebook yang cukup prihatin mengenai isu kesihatan iaitu Public Health Malaysia (PHM).

“Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv.

“Usah sembang mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV,” tulis pengendali akaun berkenaan.

Dalam pada itu, perkongsian yang dibuat PHM juga mendapat reaksi pelbagai pihak yang dilihat kesal dengan sikap tidak peka suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu.

Rata-rata mereka memuji pakaian yang diperagakan suami kepada pelakon, Syatilla Melvin pada malam itu tetapi mempromosikan perkara yang tidak elok bukanlah sesuatu yang dibenarkan apatah lagi ketika siaran langsung di kaca televisyen. -SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button