Nasionalpilihan

Nahas helikopter TLDM: KPT salur bantuan pendidikan, kewangan kepada waris

Kementerian Pengajian Tinggi akan  menyalurkan beberapa insentif bagi membantu meringankan
beban keluarga wira-wirawati yang terlibat dalam tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.

KPT dalam satu kenyataan memberitahu insentif itu akan disalurkan bersama agensi di bawahnya iaitu Yayasan
Perkasa Siswa (YPS), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Education Malaysia Global Services (EMGS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Holdings.

Mereka akan menyalurkan beberapa insentif bagi membantu meringankan beban keluarga wira-wirawati yang terlibat. Antaranya ialah:

1. Menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 setiap seorang (keseluruhan 21 orang anak mangsa korban yang masih bersekolah telah dikenalpasti);

2. Membiayai sepenuhnya yuran pengajian sehingga tamat belajar (Program SULUNG 2.0) untuk Nurul Shahfiqah binti Mohd Shahrizan (Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Keusahawanan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK);

3. Menyalurkan sumbangan berbentuk tunai kepada waris setiap 10 keluarga terlibat. KPT turut bersedia untuk menyalurkan apa jua keperluan dan sokongan kepada waris mangsa terutama dalam aspek pendidikan tinggi negara.

Semoga seluruh ahli keluarga tabah serta sabar menghadapi dugaan dan ujian ini. – SM

(Visited 10 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button