Nasional

UPSI, FINAS meterai MOU Serta Pra-pelancaran Festival Filem Pelajar (FFPM) 2022

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk bekerjasama bagi memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama bersama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan khidmat masyarakat di antara kedua-dua belah pihak bagi berkongsi kepakaran dan pengetahuan bidang masing-masing.

Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata kerjasama ini merupakan perkongsian kepakaran dalam bidang industri kreatif dalam penghasilan karya filem, dokumentari, pengiklanan, montaj, animasi, kesan khas digital, multimedia dan penyiaran dapat mencungkil bakat kreatif dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia agar setanding di peringkat antarabangsa dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Penghasilan kerja kreatif para pelajar IPT sebagai karya kreatif pelapis/ bakat muda negara selaras dengan Amanat Menteri Pengajian Tinggi dalam mempelbagai dan memperhebatkan kaedah pelaksanaan agar lebih lagi idea dan inovasi pendidikan dapat disumbang dan dimanfaatkan.

Md Amin dan Rozita Waty menandatangani MOU di Dewan Jauhar, Kampus Sultan Azlan Shah.

“Ia juga selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk mempelbagai dan memperhebatkan Festival of Idea (FOI),” jelasnya ketika merasmikan selepas menandatangani perjanjian persefahaman.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS Rozita Waty Ridzuan, dalam ucapannya berkata buat julung kalinya FINAS melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bekerjasama dengan pihak UPSI melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) 2022 yang bakal diadakan pada 17 Oktober hingga 19 Oktober 2022.

“Pelbagai program telah dirancang dan akan dijalankan di UPSI sempena penganjuran FFPM 2022 seperti tayangan filem, sesi perkongsian ilmu, pameran dan bual bicara. Malam Anugerah FFPM 2022 pula akan diadakan pada 19 Oktober 2022 di Dewan Tunku Canselor UPSI,” jelasnya ketika majlis MoU yang turut merasmikan Pra-Pelancaran Festival Filem FPPM pada majlis yang sama.

“Antara objektif utama penganjuran FFPM 2022 pada kali ini adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada hasil kerja kreatif para pelajar IPT di Malaysia dalam konteks produk kandungan kreatif selaras dengan arus perkembangan pesat industri kreatif pada masa kini,” katanya.

Md Amin dan Rozita Waty memegang replika cek.

Menurut beliau selain itu, FFPM 2022 adalah merupakan salah satu platform untuk mencungkil dan mengenalpasti bakat kreatif di kalangan pelajar IPT di Malaysia melalui penghasilan karya filem, dokumentari, montaj, animasi, kesan khas digital dan multimedia ,” jelasnya yang turut menyerahkan replika cek RM200, 000 kepada UPSI sebagai hos untuk edisi kali ini.

“Hadiah-hadiah yang bernilai RM100,000.00 dalam bentuk geran penerbitan turut ditawarkan kepada pelajar-pelajar IPT dari pelbagai latar belakang melalui kategori-kategori yang dipertandingkan iaitu filem pendek, filem pendek antarabangsa, filem dokumentari, filem animasi, iklan khidmat masyarakat, filem/video eksperimen, video klip/muzik video Anugerah Keseluruhan Terbaik serta Anugerah Khas Juri,” jelasnya lanjut.

Untuk maklumat lanjut berkenaan FFPM 2022, sila layari media sosial rasmi FINAS melalui Facebook, Instagram dan Twitter FINAS Malaysia serta laman sesawang rasmi FINAS di www.finas.gov.my bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan dengan penganjuran FFPM 2022 pada tahun ini atau emelkan kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

(Visited 539 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button