Luar Negara

Buat konten prank, influencer Rusia dipenjara

TIGA influencer Rusia dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun kerana mempermainkan atau ‘prank’ seorang pemandu teksi.

Kejadian tersebut dilakukan pada bulan Mac lalu, di mana ketiga-tiga influencer tersebut  menghubungi teksi jenis UBER untuk mengambil mereka.

Apabila teksi tersebut sampai, mereka meminta pemandu tersebut membuka bonet belakang dan membantu mereka meletakkan beg membeli-belah di bonet.

Selepas pemandu teksi itu keluar, salah seorang influencer tersebut menaiki teksi itu lalu membawanya lari sambil dirakam oleh orang lain yang terlibat sama dalam prank tersebut.

Beberapa minit kemudian, influencer tersebut pulangkan semula teksi tersebut dan memberitahu pemandu bahawa itu adalah prank.


Namun, pemandu teksi itu telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Hasil siasatan mendapati, ketiga- tiga influencer itu kerap merakan video prank mengenakan orang awam.

“Ramir Khasanov, Aidyn Tussupov dan Ersin Dumshebay  didapati bersalah melakukan jenayah di bawah perenggan 2 Perkara 166 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia dan mereka dijatuhkan hukuman penjara sebenar, selama tempoh tiga tahun enam bulan, dengan menjalani hukuman di koloni keseksaan rejim umum,”kata pihak berkuasa Rusia pada Khamis lalu.-SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button