Luar Negara

China siasat penemuan Covid-19 dalam aiskrim

SATU siasatan sedang dijalankan di China selepas tiga sampel aiskrim yang diamil telah didapati mempunyai Covid-19

Virus tersebut ditemukan dalam produk yang dihasilkan mengikut kumpulan oleh Tianjin Daqiaodao Food Company di kawasan perbandaran utara Tianjin.

Belum diketahui bagaimana virus itu dijumpai di dalam produk tersebut, tetapi seorang pakar hari ini mengatakan bahawa orang ramai tidak perlu panik

Menurut penyelidik, aiskrim itu dibuat dengan susu tepung dari New Zealand dan serbuk whey dari Ukraine.

Ahli Virologi dari University Of Leeds, Dr Stephen Griffin memberitahu Sky News, kemunculan virus tersebut berkemungkinan datang daripada seseorang.

“Setiap pencemaran yang berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Tetapi kita merasakan yang puncanya adalah disebabkan faktor kilang yang tidak bersih.

“Kita juga tidak perlu risau dan menganggap semua aiskrim yang dihasilkan kilang tersebut telah dicemari dengan virus Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, menurut laporan di China, lebih daripada 1,600 pekerja telah menjalani ujian saringan dan dikuarantin.

Selain itu, dianggarkan sebanyak 4,836 kotak aiskrim yang didapati telah tercemar dengan Covid-19 dihasilkan.

Malah, individu yang membeli produk tersebut dalam tempoh tertentu telah diminta untuk pergi melakukan pemeriksaan kesihatan. -SM

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button