Ekonomi

British Airways hentikan perkhidmatan Boeing 747

PENGENDALI terbesar Boeing 747-400 di dunia, British Airways (BA) memaklumkan bahawa mereka akan segera menghentikan perkhidmatan pesawat itu ekoran kemerosotan industri pelancongan akibat pendemik Covid-19.

Keputusan itu diambil ekoran had perjalanan antarabangsa yang dilaksanakan oleh banyak negara untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang ternyata memberi impak besar ke atas syarikat penerbangan tersebut.

BA yang dimiliki oleh International Consolidated Airlines Group (ICAG.L) juga memaklumkan, pihak mereka akan menambah lebih banyak penerbangan pesawat moden dan cekap bahan api seperti A350s dan 787s.

Di samping itu, mereka mengharapkan pesawat-pesawat tersebut dapat membantu mencapai tahap sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2050.

The Sun bulan lalu melaporkan, BA telah mencapai kesepakatan dengan 350 juruterbangnya manakala 300 lagi berada dalam kumpulan ‘siapsiaga untuk ditempatkan semula’.

Sebilangan besar juruterbang dalam kumpulan itu merupakan first officer bagi Boeing 747.

Pesawat itu baharu sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-50 pada Februari tahun lalu. – SM

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button