fbpx
Hiburan

BOLLYWOOD sudah tiada adegan tarian

DULU pernah wujud satu cerita yang tidak diketahui kesahihannya iaitu melibatkan satu panggung wayang di India yang dibakar hanya kerana filem Bollywood yang ditayangkan tidak mempunyai adegan nyanyian dan tarian.

Dua adegan tradisi filem Bollywood itu nampaknya berkemungkinan akan lenyap dek kerana wabak COVID-19 yang melanda dunia.

 

Persatuan Penerbit Filem India berkata, sesi pengambaran akan tetap berjalan tetapi perlu mematuhi protokol yang ditetapkan.

“Peraturan ketat demi menjaga kesehatan dan keselamatan lebih dari 300 ribu pekerja di Mumbai, India.


“Selain tiada adegan tarian dan ciuman, pelakon berusia 65 tahun ke atas juga tidak dibenarkan ke set pengambaran,” katanya seperti dilaporkan CNN.

Menurut laporan itu, hanya satu pertiga kru produksi berada di set pengambaran dan para pelakon perlu mekap dan menyediakan pakaian di rumah.

Jamuan makan seperti yang selalu terdapat ketika di set pengambaran juga tidak dibenarkan.

Itu ketetapan yang dikeluarkan industri perfileman Bollywood manakala Malaysia juga sudah membenarkan sesi pengambaran dijalankan.

Namun, belum ada SOP rasmi yang dikeluarkan untuk diikuti produksi, kru dan pelakon dalam menjalani pengambaran. – SM

(Visited 5 times, 3 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button