Berita

Annuar Musa bawa perubahan besar kepada Kementerian Komunikasi

DALAM tempoh yang singkat iaitu lebih setahun sedikit menjawat jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa telah melakukan begitu banyak perubahan.

Bukan sahaja menukar kementerian kementerian tetapi telah memberi lonjak paradigma terhadap kementerian berkenaan yang sangat besar peranannya dalam era langit terbuka.

Perubahan dan pencapaian beliau melangkaui batas portfolio demi memastikan rakyat dibela dan mendapat manfaat.

Meraih kemenangan semula untuk Malaysia sebagai Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (International Telecommunication Union (ITU)) untuk penggal 2023-2026 dalam Persidangan Plenipotentiary 2022 bertarikh 26 September hingga 14 Oktober 2022 di Bucharest, Romania;

 

Malaysia melancarkan satelit ke-8 iaitu MEASAT-3d pada 23 Jun 2022 dari Kourou Space Centre, French Guiana yang mampu merapatkan jurang digital di negara ini dengan liputan internet yang lebih baik selaras dengan pelan JENDELA;

 

Mewujudkan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi atau MEDIKK sebagai platform di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai isu berkaitan dasar dan pembangunan ekonomi digital, industri kreatif dan komunikasi dengan kejayaan pelaksanaan 2 mesyuarat MEDIKK Bil. 1/2021 bertarikh 14 Disember 2022 dan Bil. 1/2022 bertarikh 3 Jun 2022;

 

Membentangkan cadangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589] yang telah dipersetujui secara prinsip semasa Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 26 Ogos 2022, bertujuan menggalakkan pertumbuhan industri komunikasi dan multimedia negara bagi pertumbuhan masa hadapan, menambahbaik keselamatan rangkaian dan memantapkan pengurusan media baharu;

 

Menghidupkan semula Hari Wartawan Nasional atau HAWANA yang disambut pada tarikh 29 Mei setiap tahun yang diadakan di Melaka pada 29 Mei 2022 dengan persetujuan wartawan terhadap Deklarasi Melaka 2022;

 

ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM)

 

Menggubah lagu “Keluarga Malaysia” bertemakan semangat patriotik yang mula diperdengarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021;

 

Mencapai sasaran 3 KPI 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bagi tempoh 1 September hingga 9 Disember 2021 dengan membuka semula aktiviti industri kreatif, penawaran geran, dana dan skim insentif berjumlah RM40juta serta memperkenalkan Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia;

 

Mencapai sasaran 5 KPI Aspirasi Keluarga Malaysia Jangka Sederhana (6 bulan) Anggota Jemaah Menteri bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2022 iaitu Program Pendigitalan Perniagaan, Komuniti Keluarga Malaysia, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), 1 DUN 1 PEDi dan Memperkasa Penyiaran Komunikasi Strategik;

 

Menjayakan pelaksanaan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri ke-6 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Julai 2022 sebagai kementerian peneraju dengan jumlah pengunjung melebihi 70,000 orang berbanding dengan sasaran iaitu 50,000;

 

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) telah berjaya melaksanakan:

 

(a) Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 melalui Program Berjalan Teguh Bersama secara santai bersama Perdana Menteri dan Jemaah Menteri melibatkan penyertaan lebih 15,000 Keluarga Malaysia pada 30 Julai 2022 di Dataran Putrajaya;

 

(b) Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2022  secara besar-besaran pada 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan kehadiran pengunjung diluar jangkaan iaitu melebihi 100,000 orang; dan

 

(c) Sambutan Hari Malaysia Tahun 2022 pada 16 September 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka yang bertemakan busana pelbagai etnik era              60-an di Melaka diraikan oleh lebih daripada 20,000 orang pengunjung.

Menerajui Program OPS BAHIS (Bantu Hingga Selesai) dalam membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas oleh bencana banjir di seluruh Lembah Klang pada Disember 2021. Bantuan lebih RM2juta juga telah disalurkan kepada mangsa banjir di Lembah Klang, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan;

 

Pelaksanaan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dilaksanakan pada tahun 2022 yang memberi manfaat kepada hampir 400,000 mahasiswa B40;

 

Pelaksanaan Pakej Remaja Keluarga Malaysia telah dilancarkan pada Oktober 2021 dan dilanjutkan sehingga April 2023, merupakan pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah;

 

Pelaksanaan Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi memastikan setiap keluarga mempunyai alat peranti pintar agar tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Pakej ini membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) secara percuma;

 

KLUSTER 1: INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI

 

Mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G negara menggunakan model Single Wholesale Network (SWN) dengan menawarkan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) kepada syarikat-syarikat telekomunikasi;

 

Mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara dan menawarkan perkhidmatan 5G dengan harga yang berpatutan kepada rakyat termasuk di kawasan luar bandar sedang dilaksanakan melalui pendekatan Rangkaian Borong Tunggal (SWN) oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dengan pencapaian 33.2% diliputi oleh liputan 5G di kawasan berpenduduk;

 

Melaksanakan Point of Presence (PoP) Fasa 1 dan Fasa 2 yang melibatkan penyediaan sambungan gentian optik ke lebih 4000 buah kawasan berhampiran sekolah dan kawasan perindustrian;

 

Memastikan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 (2020-2022) dan Fasa 2 (2023-2025) secara berterusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan liputan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dengan pencapaian Fasa 1 meliputi:

 

(a) perluasan akses Gigabit bagi jalur lebar talian tetap kepada 7.44 juta premis;

(b) peningkatan liputan jalur lebar mudah alih 4G kepada 95.82% di kawasan berpenduduk; dan

(c) peningkatan purata kelajuan jalur lebar mudah alih yang melebihi sasaran iaitu 52.48Mbps berbanding 35Mbps;

 

Menjayakan pelaksanaan Jelajah Kembara Connectivity bermula dari Oktober 2021 bagi memantau kualiti perkhidmatan jalur lebar dan pengalaman yang diterima rakyat;

 

Memperkenalkan teknologi baharu TV White Space (TVWS) yang boleh menggunakan jalur spektrum dari 470MHz hingga 694 MHz dan berupaya menawarkan kelajuan sehingga 72 Mbps. Sebagai percubaan, teknologi ini telah dilaksanakan di Lenga, Pagoh dan yang terkini di Sabah;

KLUSTER 2: EKONOMI DIGITAL

 

Menjayakan pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)  pada November 2021 yang bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital kepada semua penduduk yang melibatkan proses transformasi serta mewujudkan 911 PEDi yang telah selesai pada suku kedua 2022 serta melantik pengerusi PEDi di kalangan orang muda.

Dasar Perkongsian Data Nasional (National Data Sharing Policy – NDSP) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 April 2022, bertujuan untuk membolehkan perkongsian data yang lancar, membangunkan kerangka dan tadbir urus perkongsian data, membangunkan bakat dan kemahiran berkaitan pengurusan data serta menggalakkan dan mempromosikan pengayaan data menuju visi negara yang berteraskan data;

 

Menjayakan inisiatif strategik baharu negara, Malaysia Digital (MD), iaitu inisiatif yang menggantikan MSC Malaysia, pada 4 Julai 2022 yang telah berjaya meraih pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investments, FDI) berjumlah RM42 bilion dan pelaburan langsung dalam negara (Domestic Direct Investments, DDI) sebanyak RM4.76 bilion serta mencipta 6,000 pekerjaan bernilai tinggi;

 

Menyokong Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) bagi menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif dan usaha-usaha berterusan dalam mempercepat transformasi digital serta memastikan sasaran ekonomi digital Malaysia dapat dijayakan dengan kerjasama sektor awam dan swasta;

Mengaktifkan sebanyak 22 pusat Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) yang menganjurkan pelbagai program keusahawanan yang melibatkan 3,439 peserta yang telah berjaya menjana pendapatan berjumlah RM2.55 juta;

 

Menggalakkan penubuhan Pejabat Pelaburan Digital (Digital Investment Office/DIO) sebagai platform pemudahcara pelaburan digital berimpak tinggi dan berjaya mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik pelaburan digital asing dan domestik untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan digital di rantau Asia Tenggara;

 

Menjayakan pelancaran Program Mangkin Digital (PEMANGKIN) DE Rantau dan DE Dagang yang mana DE Rantau diwujudkan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan untuk meningkatkan penggunaan digital dan menggalakkan mobiliti profesional digital serta pelancongan di seluruh Malaysia;

 

Menerajui pembangunan industri teknologi digital yang mana telah berjaya melahirkan dua buah syarikat dengan pendapatan melebihi RM1 bilion – Carsome dan SNS Network. Carsome merupakan syarikat berstatus Unicorn di mana nilai syarikat melebihi AS$ 1 bilion;

 

Menjayakan dan menyokong pelaksanaan program serta inisiatif yang melibatkan pembangunan modal insan untuk melatih peserta supaya berdaya saing dalam pasaran digital antaranya program Gerakan #mydigitalmaker, Program Inovator Digital, Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME), Kempen e-Dagang dan Shop Malaysia Online, Program Pembangunan Perusahaan Kandungan Digital (EDP), Program eRezeki dan Program Global Online Workforce (GLOW) PENJANA;

 

KLUSTER 3: KESELAMATAN SIBER

 

Menyemarakkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day – SID) 2022 – Edisi Malaysia (Putrajaya), Forum ‘K.I.T.A Siber’: “Dunia Digital Murid-Murid Sekolah Masa Kini” serta Pelancaran Laporan Eksekutif Dapatan Kajian Tanda Aras Tahap Keselamatan Siber dalam Kalangan Murid Sekolah dan Ibu Bapa 2021/2022 oleh YB MenKOMM pada 22 Februari 2022 bertempat di Hotel Putrajaya Marriot;

 

Mewujudkan Majlis Perjumpaan YB MenKOMM Bersama Agensi Berkaitan Keselamatan Siber Negara pada 29 Ogos 2022 bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur;

 

Mencadangkan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] bagi menangani isu pencerobohan data peribadi, yang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri;

 

KLUSTER 4: PENERANGAN

 

Membentuk 1,878 Komuniti #KeluargaMalaysia seluruh negara dengan pelaksanaan program komuniti yang melibatkan penyertaan aktif komuniti;

 

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kabinet (JAKSA) yang berperanan dalam memperkukuhkan strategi komunikasi Kerajaan bagi menangani isu semasa yang memerlukan pemerhatian segera;

 

Mewujudkan Program Duta Komuniti dengan kerjasama strategik kementerian-kementerian berkaitan dalam memastikan usaha membudayakan kawalan kendiri oleh komuniti semasa fasa peralihan COVID-19 selain menggalakkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Garis Panduan ketika #Reopening Safely seiring dengan pemerkasaan komuniti;

 

KLUSTER 5: PENYIARAN

 

Menyiapkan dan menyiarkan 70 siri Kembara #KeluargaMalysia yang telah diterima dan sedang disiarkan di RTM 1;

 

Menaiktaraf format dan wajah penyiaran RTM yang membawa perubahan kepada 3 elemen penting iaitu persembahan kandungan, penerbitan kandungan dan naiktaraf perkembangan teknologi penyiaran dalam memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan penyiaran serantau dan global;

 

Membeli hak siaran Piala Dunia 2022 Qatar untuk siaran langsung percuma di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember 2022;

 

Menyiapkan Media City yang merupakan pemangkin kepada pembangunan penyiaran Malaysia yang telah dimulakan secara fizikal sejak 2016 dan majlis pelancaran dijangka diadakan pada 26 Oktober 2022;

 

KLUSTER 6: INDUSTRI KREATIF

 

Menghidupkan semula Anugerah Seri Angkasa (ASA) dan penganjuran ASA akan diadakan pada 29-30 Oktober 2022 yang mana terakhir pada tahun 2016 dan memperkenalkan kategori pertandingan media baharu iaitu siaran kandungan di YouTube rasmi penyiar dalam usaha mengiktiraf media baharu sebagai platform siaran rasmi di Malaysia;

 

Menghidupkan semula Festival Filem Malaysia (FFM) dan menjayakan penganjuran FFM ke-31 pada 10 Disember 2021 di PICC;

 

Menjayakan pelaksanaan Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia 2022 di negeri-negeri terpilih – (sehingga 12 Oktober 2022, sebanyak 4 negeri telah selesai dilaksanakan iaitu Johor, Sabah, Melaka dan Kelantan).

Mengetuai delegasi Malaysia ke Marche Du Film (MARCHE) 2022 di Palais Des Festival, Cannes, Perancis dari 15 hingga 22 Mei 2022 bagi pembangunan industri kreatif dan memperoleh hasil nilai jualan sebanyak RM158.7 juta, melebihi sasaran jualan yang ditetapkan iaitu RM50 juta;

 

Mengubah Hari Seniman Negara yang diraikan pada 29 Mei kepada 22 Mac sempena kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan persetujuan Jemaah Menteri pada 16 Mac 2022;

 

Meningkatkan jumlah Dana Kandungan Digital (DKD) dan memperkenalkan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) tahun 2023 bagi menyokong industri kreatif negara;

 

Menyemarakkan program kebudayaan seni dan warisan dengan paparan dan pertandingan seni budaya warisan negara yang melibatkan pelbagai program pertandingan di RTM antaranya:

 

(a) Dikir Barat dan Seni Silat Jatuh di Kelantan;

(b) Bongai di Negeri Sembilan;

(c) Rebana Perak di Perak;

(d) Boria di Pulau Pinang;

(e) Zapin di Johor;

(f) Dondang Sayang di Melaka; dan

(g) Bamukun di Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Menubuhkan Majlis Penasihat Industri Perfileman dan Muzik (MPPM) sebagai badan pemikir atau ‘Think Tank’ mewakili pemegang taruh industri filem dan muzik negara yang menjadi platform komunikasi bersepadu dan strategik rasmi bersifat musyawarah di antara kerajaan dan pemegang taruh industri filem dan muzik negara;

 

Mendapatkan kelonggaran SOP dari Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 bagi aktiviti berkaitan industri kreatif semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang melibatkan aktiviti penggambaran dan penyiaran, pawagam, persembahan langsung, aktiviti pembangunan kandungan kreatif,  indoor dan outdoor busking termasuk persembahan muzik di lounge hotel untuk memulihkan semula aktiviti industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19;

 

PASUKAN KHAS JIHAD TANGANI INFLASI

 

Mengemudi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi selaku pengerusi yang ditubuhkan pada 29 Jun 2022 melalui keputusan Jemaah Menteri bertujuan untuk meneliti, memantau dan mencadangkan kepada Kerajaan langkah-langkah segera bersifat jangka pendek dan sederhana serta action-oriented, bagi menangani isu inflasi dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Antara inisiatif yang dilaksanakan:

 

(i) Pelaksanaan operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi menangani ketirisan minyak masak bersubsidi ke luar negara. Bermula 1 Julai 2022 sehingga 30 Ogos 2022, perincian pemeriksaan ke atas premis adalah sebanyak 345 syarikat pembungkus, 2,203 pemborong  dan 25,493 peruncit. Aktiviti pengauditan pemutihan telah mendapati sebanyak 140 kes di mana kebanyakannya daripada syarikat pembungkus dengan 52 kes;

(ii) Universiti-universiti memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia yang berharga RM3.50 dimana harga sebelum ini sekitar RM5.50 hingga RM6.50. Program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia mampu diperkenalkan kerana pihak kantin diberikan pengecualian bayaran sewaan selama enam bulan mulai Julai 2022;

 

(iii) Pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) diperluaskan ke 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara melalui Fasa 2.0 bermula pada 15 Ogos 2022 hingga akhir tahun 2022. Jualan barangan keperluan utama serta keperluan lain dijual dengan harga 30% kurang daripada harga semasa. JMKM juga diperluaskan lagi ke 20 IPTA yang terpilih dengan konsep yang sama, namun ia mengikut kesesuaian dengan perbelanjaan dan keperluan pelajar;

 

(iv) Pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE Dagang pula adalah inisiatif pembiayaan bersama antara kerajaan dan rakan platform digital (e-dagang, e-bayar dan ekonomi perkongsian), bertujuan untuk membantu perniagaan Malaysia dalam sektor sasaran seperti Pelancongan & Kraf, Halal & Pertanian dan Eksport (Jenama & Buatan Malaysia) untuk menerima pakai dan memanfaatkan platform digital untuk berkembang maju;

 

(v) Pewartaan larangan eksport minyak sawit tulen dalam kemasan polibeg. Ini bagi mengelak kekeliruan dengan minyak masak polibeg bersubsidi;

 

(vi) Mekanisme penetapan harga siling minyak masak botol tidak bersubsidi ditentukan secara bulanan untuk seluruh Malaysia mengikut harga purata minyak sawit mentah (CPO) bagi satu tan metrik di pasaran dunia pada bulan sebelumnya. Harga siling minyak sawit botol 5kg untuk Sabah, Sarawak dan dan Labuan ditetapkan pada paras RM33.50 yang sebelum ini harganya sekitar RM45.70 sama seperti di Semenanjung, berkuat kuasa pada 8 September 2022;

 

(vii) Mekanisme harga siling ayam standard telah dilakukan setelah Perintah Kawalan Harga diwartakan bagi membolehkan Penentuan Harga Maksimum diteruskan ke atas ayam dan telur. Harga ayam ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram; dan

 

(viii) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggerakkan ribuan koperasi yang berjumlah 14,834 buah koperasi berdaftar dengan jumlah keahlian seramai 7.1 juta, diseluruh negara bagi memainkan peranan dan tanggungjawab dalam rantaian bekalan makanan sebagai pengimport, pembungkus dan pengedar bagi enam produk keperluan asas termasuk minyak masak supaya ia dapat dipasarkan pada harga lebih murah.

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button