PRK

BN umum calon Tanjung Piai lepas solat Isyak?

SUARA MERDEKA- Calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai dikatakan bakal diumumkan hari ini berkemungkinan selepas solat Isyak.

Menurut Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, pengumuman mengenai calon itu akan dibuat di Pusat Gerakan BN selepas solat Isyak.

“Tadi saya bermesyuarat bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran menerusi Skype bagi memuktamadkan calon,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sebelum ini timbul desas desus berlaku pergeseran dalam memilih calon BN antara parti komponennya melibatkan UMNO dan MCA.

Pihak UMNO mahu meletakkan calonnya bagi menghadapi PRK kali ini yang sebelum ini merupakan kerusi tradiai MCA. Malah dikatakan mereka akan kitar semula calon yang kalah pada PRU lalu Datuk Seri Wee Jeck Seng yang juga Ketua Bahagian MCA Tanjung Piai.

Malah Presiden MIC, SA Vigneswaran juga campurtangan dengan mempertahankan MCA malah menyatakan UMNO tidak boleh merampas kerusi Parlimen itu dan menegaskan perlu dipertahankan persefahaman yang terbina di Tanjung Piai sekian lama. Malah katanya Pas juga sudah menyatakan pendirian untuk menyokong calon MCA.

Bagaimanapun dipihak UMNO jika calon MCA dipilih bertanding di kerusi Tanjung Piai, ia mungkin akan menampakkan seolah-olah UMNO tunduk kepada desakan dan ugutan.

Malah dijangkakan jentera BN yang majoritinya terdiri dari akar umbi UMNO pula mungkin merasa kurang senang dan kemungkinan akan berlaku sabotaj.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai mempunyai 53,528 pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), memiliki komposisi kaum terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus Cina, 1.01 peratus India, manakala lain-lain 0.55 peratus.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, dari Bersatu, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 September lepas, akibat komplikasi jantung.

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button