PRK

Tak mampu ubah negara sekelip mata – Anwar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berjanji akan menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan berkata, untuk mengubah negara tidak boleh dilakukan sekelip mata.

Sebaliknya kata beliau, ia perlu melalui pelbagai proses yang perlu diikut.

Untuk itu katanya rakyat perlu beri ruang kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk betulkan kerajaan.

“Kita tidak boleh ubah negara sekelip mata… Tetapi kita ada proses undang-undang dan kita kena ikut.

“Sebab itu sekarang kita kena bagi ruang PH hendak betulkan kerajaan… kena bagi ruang dan sokongan kepada (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) supaya politik aman,” katanya ketika berceramah di Tanjung Piai malam tadi.

Dalm ceramah itu Anwar turut menyentuh perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau mengakui tidak sabar menunggu pemimpin seperti Najib dijatuhkan hukuman setimpal, sambil menegaskan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat perlu mengikut proses perundangan sedia ada.

Anwar berkata, keputusan mahkamah memerintah Najib membela diri terhadap pertuduhan kes syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad(1MDB) itu dianggap satu permulaan baik dalam memberi keadilan kepada rakyat.

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button