Sukan

Pemangku Raja Perlis melawat kontinjen atlet Malaysia di Kemboja

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, telah berkenan berangkat menghulurkan sokongan moral kepada Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Kemboja 2023 dengan mengadakan kunjungan ke Perkampungan Atlet pada hari Ahad, 14hb Mei 2023.

Tuanku Syed Faizuddin yang diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam kunjungan tersebut telah disambut oleh Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia dan pegawai-pegawai MOM.

Selain lawatan ke Sekretariat Kontinjen Malaysia di NOC Centre, Baginda Tuanku berdua turut melawat ke Pusat Kesihatan, Pusat Pemulihan dan Pusat Psikologi yang dikendalikan oleh ISN.

“Bagi pihak MOM dan Kontinjen Malaysia, kami menjunjung kasih kepada Baginda Tuanku berdua atas perkenan memberi sokongan moral kepada Kontinjen Malaysia” kata Mohd Nasir.

Sebagai tanda menjunjung kasih, Mohd Nasir telah menghadiahkan Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia kepada Baginda Tuanku berdua.

Mohd Nasir turut menyampaikan Cenderahati Rasmi bagi pihak Presiden MOM kepada DYMM Pemangku Raja Perlis atas sokongan Baginda dalam Pergerakan Olimpik yang diterajui oleh MOM. – SM

Kredit Foto: MOM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button