Nasional

Datuk Mustapa Omar Ketua Pegawai Eksekutif MPI yang baharu

Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan pelantikan YBhg Datuk Mustapa Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 September 2023.

Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan tempoh perkhidmatan Datuk Dr. Chamil Wariya yang berakhir pada 30 Jun 2023.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kewartawanan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada 2017 dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.

Pihak pengurusan MPI yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kreadibiliti beliau mampu memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan MPI.

MPI mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbiran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada sumbang bakti selama 16 tahun Datuk Dr. Chamil sepanjang beliau menerajui MPI sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. – SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button