Sukan

Biar pun kalah kepada Perancis, Morocco tetap juara di hati peminat banyak negara!

Biar pun tewas 2-0 kepada Perancis yang menjadi juara bertahan, Morocco tetap dianggap juara di hati ramai peminat banyak negara.

Perancis pula seperti menepati ramalan apabila berjaya ke final Piala Dunia 2022 buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Morocco di peringkat separuh akhir.

Untuk perlawanan ini, Perancis membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utama dengan Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano masing-masing diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Youssouf Fofana beraksi di bahagian tengah menggantikan Rabiot, yang sebelum ini tampil dalam semua lima perlawanan Perancis tetapi tidak disenaraikan walaupun berada di bangku simpanan.

Pemain Liverpool, Ibrahima Konate menggantikan Upamecano bersama Raphael Varane di bahagian tengah pertahanan tengah namun pemain Bayern Munich itu berada dalam senarai di bangku simpanan.


(Visited 126 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button