Politik

BERSATU Sabah tidak terlibat runding bentuk kerajaan persekutuan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah parti pengasas Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, BERSATU merupakan ahli yang sah Badan Gabungan itu.
Selaku Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, saya memaklumkan bahawa BERSATU sebagai ahli Badan Gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS memasuki perjanjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH).
Saya menegaskan bahawa Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Nor yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai Pengerusi GRS oleh kerana tindakan beliau keluar dari BERSATU.
Oleh itu, keahlian beliau dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukan beliau sebagai Pengerusi GRS hendaklah diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.
Berikutan ini, perjanjian persefahaman gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan PH yang ditandatangani oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Nor sebagai Pengerusi GRS semalam tidak sah dan tidak mewakili aspirasi BERSATU melalui GRS.

DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE
Naib Presiden BERSATU
Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Sabah Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah

(Visited 706 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button